Naib Presiden KFC Perancis Ancam Saman FFF Kerana Mbappe Kerana Tak Mahu Bergambar

Ketua Urusan KFC Perancis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Kylian Mbappe, selepas dia memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi foto bersama pasukan kebangsaan bagi mempromosikan penaja – penaja.

Mbappe telah dikritik oleh sesetengah pihak musim ini kerana sikapnya yang dianggap semakin ego, dengan bintang PSG itu menerima bebanan berat kerana dilaporkan bertengkar dengan Neymar.

Walaupun pengurus Christophe Galtier mendakwa bahawa tidak ada masalah antara pasangan itu, penyerang Perancis itu masih dikritik kerana tidak membantu sama ada Neymar atau Lionel Messi.

Keadaan juga tidak begitu jelas untuk pasukan kebangsaan, dengan pemenang Piala Dunia itu entah bagaimana diselubungi dengan skandal pemerasan yang melibatkan Paul Pogba dan abang pemain tengah Juventus itu.

Bukan itu sahaja dia turut dikaitkan dengan gosip percintaan dengan wanita yang bertukar jantina.

Pada hari Isnin dilaporkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu enggan mengambil bahagian dalam sesi penggambaran bersama rakan sepasukannya di Perancis, kerana pertelingkahan berkaitan dengan penaja pasukan itu.

Laporan itu mengatakan bahawa isu utama Mbappe adalah berkaitan hak imej, berapa banyak dia digunakan dan syarikat yang ditaja oleh pasukan itu, bukannya ada apa-apa kaitan dengan wang.

Mbappe dikatakan menolak untuk bergambar kerana ada promosi penaja dari syarikat judi dan makanan segera iaitu KFC.

Selaku naib presiden KFC Perancis, Alain Beral telah mendakwa bahawa mereka akan mempertimbangkan tindakan saman terhadap bekas bintang Monaco itu.

“Kami telah membayar untuk sesuatu yang jelas. Jika perlu, kami akan menegaskan hak kami,” kata Beral kepada laman web Sport Business Club.

Bagaimanapun, KFC France sebenarnya telah memutuskan untuk berdiam diri mereka berkenaan kenyataan naib presiden mereka, dengan syarikat itu mengeluarkan kenyataan mereka sendiri.

“KFC France kesal dengan kata-kata yang diucapkan semalam dan dilaporkan dalam media pagi ini. Ini adalah pendapat peribadi, tetapi sama sekali tidak menggambarkan kedudukan syarikat itu,” kata mereka kepada Reuters.

“KFC France juga ingin menjelaskan bahawa Alain Beral tidak bercakap bagi pihak syarikat, tetapi dalam konteks perbualan peribadi semasa acara yang berkaitan dengan fungsinya sebagai presiden Liga Bola Keranjang Kebangsaan.”

“Perkongsian antara KFC dan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) sentiasa menjadi kebanggaan syarikat kami.”

“KFC Perancis mempunyai keyakinan terhadap keupayaan FFF untuk mencari penyelesaian yang memuaskan hati untuk semua rakan kongsi dan pemainnya, termasuk Kylian Mbappe, di mana kami adalah peminat no.1 dia di Perancis.”

Isu Mbappe dikatakan berpunca daripada bekerja dengan syarikat makanan segera, dan syarikat yang berpotensi menjadi pertaruhan juga dan FFF telah berkata mereka akan menyemak dasar hak imej mereka.

Mbappe tidak mahu ada kaitan dengan sebarang tajaan yang tidak mencerminkan imej positif seorang atlet bola sepak. Kerana dia sudah bertekad untuk menyumbangkan kesemua gaji dan bonusnya dengan pasukan kebangsaan termasuk hak imej daripada tajaan – kepada badan kebajikan.

“Selepas perbincangan muktamad dengan eksekutif pasukan Perancis, presiden, jurulatih dan pengurus pemasaran, FFF telah mengambil langkah untuk menyemak, secepat mungkin, perjanjian mengenai hak imej yang mengikatnya kepada pemain pasukan kebangsaannya,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Ia bukan kali pertama pemain bola sepak menolak untuk bergambar dengan produk penaja utama, dengan Cristiano Ronaldo contoh yang paling popular,

Penyerang Portugal itu enggan dilihat dengan dua botol Coca-Cola semasa sidang media selepas perlawanan semasa Euro 2020 kerana ianya tidak sihat.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan