Naib Presiden Nike Letak Jawatan Kerana Anaknya Jadi Scalper (Reseller) Kasut Nike

Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Nike di Amerika Utara, Ann Herbert telah meletakkan jawatannya dengan syarikat gergasi tersebut. Ini berikutan laporan yang mengaitkan anaknya dengan perniagaan haram menjual semula (scalper) kasut kasut Nike.

Businessweek mendedahkan, Joe Herbert – anak kepada Ann Herbert – telah menggunakan kad kredit atas nama ibunya untuk membeli kasut kasut Nike dan dijual semula oleh syarikat miliknya iaitu West Coast Streetwear.

Laporan yang sama juga menyebut bahawa Joe membuat pembelian sehingga $132,000 menggunakan kad kredit tersebut. Dan dia turut menggunakan bot untuk membeli kasut edisi terhad. Selepas itu dia akan menjualnya ke pasaran barangan second.

Joe menafikan dia mengambil kesempatan dengan mendapatkan maklumat kasut tersebut daripada ibunya ataupun menggunakan pengaruh dan kepentingan ibunya.

Dia menyatakan dia hanya membeli kasut itu berdasarkan prosedur yang betul.

Nike mengumumkan bahawa Ann Herbert meletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta. Dan Nike sedang mencari pengganti Ann yang sudah berkhidmat bersama Nike sejak 25 tahun lalu.

Berita ini muncul sehari selepas laporan skandal resell barang Nike sebaik sahaja pelancaran Trophy Room x Air Jordan 1.

Namun buat masa ini Ann dan Joe masih belum memberikan komen berkaitan perkara itu setelah Ann rasmi meletak jawatan.

Baca yang lain