Pemain tengah Belgium yang ada darah Indonesia, Radja Nainggolan baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Antwerp. Namun pemain yang digelar Ninja itu menyatakan beliau sebenarnya mahu pulang ke Cagliari.
Tetapi kerana kelab itu scam beliau membuatkannya terpaksa mencari kelab lain dan menyertai Antwerp.
Sebelum ini Naiggolan tidak sehaluan dengan Antonio Conte kerana isu disiplin. Dan pemain itu diarahkan mencari kelab baharu.
Royal Antwerp have signed Radja Nainggolan from Inter on contract until 2023. pic.twitter.com/vTAN5Cad6q
— FOOTBALLFANSSTUFF (@officialffsnews) August 14, 2021
Oleh kerana ketika itu isterinya mengidap barah, Nainggola memutuskan untuk menyertai Cagliari secara pinjaman.
Isterinya yang bernama Claudia Lai merupakan wanita yang keluarganya berasal dari Cagliari. Di mana pada ketika itu Claudia mengumumkan bahawa dia mulai menjalani rawatan kemoterapi.
Nainggolan menerima banyak tawaran dari kelab besar lain namun memilih untuk ke Cagliari. Tetapi beliau perlu menerima pengurangan gaji kerana Cagliari hanyalah kelab kecil.
Nainggolan setuju, kerana baginya dia mahu bersama isteri dan keluarganya di waktu mereka sangat memerlukan.
Nainggolan dahulu pernah meningkat naik dari Cagliari pada 2011. Sebelum meninggalkan kelab itu pada 2014.
Menurut Nainggolan, dia tidak kisah pasal isu wang, dan keputusan menyertai Cagliari pada masa itu sangat mudah untuk dia buat walaupun ada banyak tawaran dari kelab lain.
Pada pra musim kali ini, Inter Milan dan Radja Nainggolan mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Di mana kedua dua pihak tidak akan meminta sebarang pampasan daripada satu sama lain. Inter mahu melepaskan Nainggolan kerana isu gajinya. Inter mahu mengurangkan lagi hutang mereka.
Sementara itu Radja Nainggolan pula mahu terus bersama dengan Cagliari yang sebelum ini memberitahu beliau bahawa kelab itu hanya mampu mendapatkan beliau secara percuma.
Mustahil untuk Cagliari membeli Nainggolan dari Inter.
Malangnya selepas penamatan kontrak dibuat Cagliari tiba tiba tidak menawarkan kontrak seperti dijanjikan. Nainggolan terus menunggu dan akhirnya dia diberitahu kelab itu tidak memerlukan khidmatnya.
Nainggolan sangat kecewa kerana menurutnya dia telah berkorban banyak wang untuk kelab itu. Sebelum ini sanggup menerima pengurangan gaji bersama mereka.
Dan sekarang Nainggola sanggup menamatkan kontraknya dengan Inter walaupun dia boleh memilih untuk teruskan kontrak itu walau apa berlaku. Kalau dia tak diperlukan coach sekalipun, gaji tetap jalan.
Lantas Nainggolan merasakan dirinya ditipu dan dikhianati.
Nainggolan berkata: “Saya sangat kecewa dan rasa diri ini dikhianati. Mereka langsung tidak menunjukkan minat ke atas saya setelah saya memberikan segala komitmen dan menunjukkan betapa saya ingin kembali kepada mereka.”
“Saya menghubungi presiden dan pengarah kelab tapi semua lesap dan tak angkat call.”
“Keutamaan saya adalah Cagliari, saya sentiasa memikirkan kembali ke sana. Namun malangnya semua orang menghilangkan diri.”
Radja Nainggolan reveals he felt ‘betrayed and abandoned’ by Cagliari after terminating his Inter contract, so returned to Belgium for Royal Antwerp https://t.co/0xA5a6sFdN #Cagliari #FCIM #SerieA #SerieATIM #RAFC
— footballitalia (@footballitalia) August 18, 2021
“Saya sanggup mengorbankan banyak wang demi kembali ke sana,” kata Nainggolan merujuk kepada penamatan kontrak dan kesediaan menerima gaji rendah.
“Saya adalah orang yang banyak berkorban dari segi wang untuk mereka kerana angkanya sangat besar kalau dikira. Pada masa yang sama saya berimpian menamatkan karier saya di Cagliari.”
“Jujurnya, saya sangat sedih dan kecewa kerana mereka tiba tiba tidak pedulikan saya.”
“Rundingan antara kami telah dinganggu oleh tangan ghaib [misteri].”
Nainggolan mengakui dia juga sangat marah dan bengang dengan campur tangan pihak tertentu dalam rundingan itu yang menurutnya menjadi batu api.
“Ejen saya sebelum ini sangat yakin saya akan mampu kembali ke Cagliari lagi. Kami berdua sangat pasti. Malangnya, akhirnya rundingan itu secara misteri telah gagal.”