Peminat WWE RAW kini begitu teruja dengan perjalanan “Road To WretleMania” mereka.
Paul Heyman telah mengemudi rancangan mingguan itu dengan baik sekali. Pelbagai jalan cerita yang menarik dan susunan perlawanan yang mendebarkan berlaku di RAW kini.
Paul terkenal dengan kepetahan beliau bercakap ketika membuat Promo di atas gelanggang.
Tetapi disebalik aksi menarik yang mereka tunjuk terselit iklan yang mempromosikan WWE SmackDown yang mengejutkan semua penonton.
Apakah kejutan yang telah membuatkan para penonton begitu terjua dengan Smack Down Live itu?
Goldberg akan membuat kemunculan semula untuk SmackDown minggu ini. Kemunculan gilang gemilang yang beliau lakukan adalah untuk mengumumkan siapa yang akan menjadi mangsa untuk ditewaskan oleh legenda itu selepas ini.
Disini kita senaraikan 5 teori tentang mengapa Goldberg mungkin membuat kemunculan besar dalam Smack Down Live! ini adalah pandangan dan analisis saya dengan sedikit teori mengapa Goldberg membuat kemunculan semula.
korang semua juga boleh komen setuju atau tidak dengan analisis ini. Selain itu, Korang juga boleh nyatakan perasaan korang tentang kembalinya Bill Goldberg ke gelanggang WWE.
# 5 Untuk Membantu Roman Reigns Keluar Dari Sengketa Bersama King Corbin
Idea mengenai Roman Reigns vs Goldberg telah dibincangkan sejak lama dahulu lagi. Goldberg sendiri pernah menyatakan bahawa beliau sangat teruja dan sangat mahu bertarung dengan Roman Reigns.
Harus diingat mereka berdua adalah “Master Of Spears” di dalam gelanggang WWE. Perlawanan mereka berdua sudah pastinya akan menarik minat ramai orang untuk melihat “Spears” milik siapa yang lebih membinasakan.
Great morning with @muscle_fitness. Massive thank you to @Flex_Lewis for the hospitality! Some 🔥 coming!!! #sneakpeek pic.twitter.com/0rgIbh2ODS
— Roman Reigns (@WWERomanReigns) February 3, 2020
Wrestling Impact baru-baru ini telah menemukan Moose dan Rhino untuk melihat siapa antara mereka “Master Of Spears” di Impact. Idea itu sangat menarik untuk kita cuba pula menguji antara Roman dan Goldberg.
Goldberg boleh muncul minggu ini dan mencabar Roman yang kini masih bersengketa dengan King Corbin. Penonton sudah bosan dengan persengkataan yang terlalu lama antara Corbin dan Roman.
Membayangkan Goldberg dan Roman bertempur berdua digelanggang yang sama sangatlah menarik untuk ditonton. Pertempuran mencari siapa “Master Of Spears” antara mereka sudah lama dinantikan oleh para peminat.
Kemungkinan pertempuran mereka akan menjadi kenyataan dan mungkin mereka akan bertempur di Arab Saudi tidak lama lagi. Roman Reigns mungkin akan tewas dalam pertempuran ini tapi beliau tidak akan kehilangan momentumnya.
# 4 Untuk Menaikkan Aura The Fiend
Setakat ini, Semua tahu bahawa The Fiend sangat kuat dan menguasai Smack Down Live. Beliau menyandang Sabuk Kejuaraan Dunia Smack Down.
Beliau telah bertemu bermacam bintang WWE lain dan pelbagai gerakkan penyudah telah dilaksanakan keatas beliau.
Namun beliau masih kuat dan tidak mengalami sebarang masalah menghadapi mana-mana bintang WWE yang lain. Jadi menarik untuk kita Lihat The Fiend dapat bertahan dari gerakan penyudah Goldberg, Spears dan Jack Hammer.
#NewProfilePic pic.twitter.com/YQtGx4SfGU
— Bray Wyatt (@WWEBrayWyatt) January 29, 2020
Selama ini kita dapat melihat sesiapa sahaja yang terkena gerakkan penyudah Goldberg pasti akan tewas dan tidak mampu untuk bertahan.
Jadi sekiranya The Fiend mampu untuk bertahan dengan gerakkan penyudah berbahaya Goldberg ia akan menjadi ancaman untuk lawannya di WrestleMania nanti.
sedangkan gimik Brock Lesner yang sangat berkuasa itu pon tidak mampu menahan asakan dari gerakkan penyudah dilakukan oleh Goldberg. Jadi sekiranya The Fiend mampu lakukanya di Saudi nanti sudah pastinya beliau akan lebih digeruni oleh lawan nya.
Sebenarnya, jika lawan untuk The Fiend di WrestleMania nanti adalah Roman Reigns, “The Big Dog” itu mungkin perlu membuat lebih baik untuk tontonan penonton kerana Spears dari Goldberg pon tidak mampu untuk tumpaskan The Fiend.
Ego Goldberg mungkin akan tercalar sekiranya beliau hanya muncul untuk ditewaskan oleh The Fiend, tetapi Goldberg pasti mahu melakukannya kerana beliau juga tahu kini bukan lagi Era beliau. Tiba masa untuk penggusti Era ini bangkit dan mencipta nama.
# 3 Untuk Mewujudkan Perseteruan Dengan Braun Strowman
Kita semua tahu bahawa persengketaan antara Strowman dan Shinsuke Nakamura ini sudah agak bosan untuk di tonton.
Tidak dinafikan antara bintang WWE yang berbakat dan boleh bersaing dengan Strowman kini sememangnya Nakamura.
Nakamura seorang penggusti serba boleh dan aksinya didalam gelanggang sangat bagus. Namun Nakamura di RAW tidak sama dengan Nakamura ketika di NJPW mahupon NXT.
Entah apa dilakukan oleh pihak kretif WWE hingga ketika Nakamura berlawan untuk pertahan Sabuk kejuaraan pon tanpak seperti hambar.
Much deserved. #AndNew #ICTitle #SmackDown @BraunStrowman pic.twitter.com/utEV2LqLaA
— WWE (@WWE) February 1, 2020
WWE perlu membuat jalan cerita menarik dan sesuai dengan kemampuan dan keupayaan Strowman. Jangan jadi seperti Strowman memenangi Sabuk Kejuaraan Regu WWE satu masa dahulu. Sangat tidak sesuai dengan keupayaan dan kebolehan beliau.
Sekiranya Strowman dipertemukan dengan Goldberg Ia akan menjadi sangat menarik. Tambahan pula Strowman akan mempertaruhkan Sabuk Kejuaraan Antara Benua beliau dalam perlawanan itu.
Jadi dengan menewaskan Goldberg dan mempertahankan Sabuk kejuaraan akan menaikkan lagi martabat Strowman sebagai Juara Antara Benua.
Mereka berdua mempunyai persamaan dari segi kekuatan dan fizikal. Ketika era kegemilangan Goldberg pun beliau sering menewaskan Penggusti bertubuh besar dan setaraf dengannya.
Strowman harus lalui hal sama untuk mantapkan karakter beliau sebagai seorang “Monster Among Men”
# 2 Untuk Membuat Penghitungan Semula Dengan The Undertaker
Walaupun ia mungkin sukar untuk dipercayai, Goldberg adalah seseorang yang mementingkan Legacy dan sejarah beliau dalam WWE. Beliau tidak mahu ada titik hitam yang menjejaskan Karier beliau seperti apa yang berlaku ketika perlawanan beliau menentang Undertaker dahulu.
Dalam pertempuran antara beliau dengan Undertaker itu beliau telah mengalami kesukaran sejak permulaan perlawanan.
Kepalanya terhantuk di pintu sangkar dan beliau tidak mampu untuk focus menghabiskan perlawanan. Mungkin sudah tiba masanya untuk kedua-dua legenda ini membuat perhitungan semula dan memberikan satu perlawanan yang akan dikenang sepanjang zaman.
WHO'S NEXT?
We'll find out when @Goldberg returns to #SmackDown THIS FRIDAY at 8/7c on @FOXTV! pic.twitter.com/hyk5vblq7j
— WWE (@WWE) February 4, 2020
Apa yang saya pasti ialah walaupun The Undertaker dan Goldberg akan bertempur lagi, ia tidak akan menjadi perlawanan yang diremehkan oleh penonton kasual sama sekali. Terutama penonton antarabangsa seperti yang ada di Arab Saudi.
Kedua-dua lagenda itu sudah pasti tidak mahu mengulangi apa yang berlaku seperti perlawanan mereka sebelom ini. Mereka sudah pasti akan melakukan yang lebih baik dan memberikan segala daya mereka untuk memastikan perlawanan kedua mereka lebih menarik.
Idea untuk mempertemukan mereka sekali lagi bukan lah idea yang buruk tetapi ia adalah idea yang sangat realistik untuk dua bintang lagenda seperti mereka.
# 1 Untuk Diserang Oleh Matt Riddle
Matt Riddle kini sangat bersemangat untuk berhadapan dengan Goldberg bahkan beliau juga mencabar Brock Lesnar.
Mengapa beliau begitu mahukan perlawanan bersama lagenda ini? Ia kerana beliau mahu mencipta nama dan menaikkan diingati sebagai seorang yang pernah menewaskan Lesner atau Goldberg.
Sama ada anda minat atau tidak meminati Goldberg, semua orang harus akui bahawa Goldberg telah meletakkan dirinya di satu tahap yang tinggi untuk dicapai oleh bintang lain. Beliau adalah bintang WWE yang boleh dikatakan sebagai bintang terbaik sepanjang zaman.
Antara yang menarik jika berlaku adalah, Goldberg keluar dan naik ke gelanggang untuk mencabar sesiapa sahaja yang mahu bertarung dengan beliau di Super Show Down.
Namun yang keluar menyahut cabarannya bukan lah bintang dari Smack Down Live tetapi bintang dari NXT.
“Real Bro” akan muncul dan menyahut cabaran beliau. Pasti menarik kalau sampai hal itu terjadi. Korang semua tak boleh memandang rendah terhadap Matt Riddle, beliau bukan penggusti biasa. Sebelom menyertai WWE beliau adalah seorang bintang MMA yang mantap.
Perlawanan itu pasti menarik kerana Riddle boleh menaikkan lagi nama beliau dan Goldberg boleh menewaskan seorang bekas bintang MMA.
Tidak kira siapa pemenang perlawanan itu pasti menyeronokkan. Tetapi saya fikir Masih terlalu awal untuk memberi kemenangan kepada Riddle dan Goldberg masih boleh beraksi dengan baik dan menarik juga kalau Goldberg memenangi perlawanan antara mereka berdua.