‘Nak Dribble Seorang Pemain Pun Cristiano Ronaldo Tak Mampu’

Kekalahan Juventus pada final Coppa Italia telah membuatkan ramai mengecam pasukan mereka terutama Cristiano Ronaldo.

Pemenang ballon d’or 5 kali itu sebelum ini dikecam kerana dikatakan sengaja nak ambil penalti kelima kerana nak mengejar nama sebagai penjaring kejuaraan.

Tidak cukup dengan itu, Maurizio Sarri tampil menembak Ronaldo dengan menyatakan penyerang Portugis itu tumpul. Antara punca mereka tak mampu juara.

Di meja pundit, bekas penyerang Juventus, Luca Toni tampil mengkritik Ronaldo dengan menggambarkan pemain itu tidak beraksi seperti biasa, dan sangat hambar.

Ini kerana menurut Toni, nak menggelecek melepasi seorang pemain pun Ronaldo tak mampu dalam perlawanan ini.

Ronaldo bermain 90 minit pertembungan menentang Napoli di Stadio Olimpico tetapi gagal menjaringkan gol dalam prestasi yang sangat tidak memberangsangkan dari kedua-dua pasukan.

Memang, pemenang Ballon d’Or lima kali hanya memperoleh satu percubaan tepat ke sasaran dan tidak dapat ataupun tak sempat melakukan sepakan penalti dalam penentuan penalti, dengan Paulo Dybala dan Danilo yang gagal menjaringkan penalti mereka.

Napoli menang penentuan penalti 4-2.

Toni, yang juga bekas pemenang Piala Dunia bersama Itali dan ikon pencetak gol, merasakan bahawa kapten Portugal itu tidak memiliki ketajaman seperti biasa yang beliau miliki dan tidak dapat memberi inspirasi kepada juara Serie A untuk meraih kejayaan.

“Saya melihat seluruh pasukan Juventus dalam kesukaran, bahkan Cristiano Ronaldo, yang tampak bermain seperti pemain biasa-biasa dalam pertandingan yang sangat slow,” kata Toni, 43 tahun, kepada Rai Sport setelah pertembungan itu.

“Anda mengharapkan persembahan besar dari dia tetapi dia kelihatan seperti mengalami masalah fizikal – dia bahkan tidak dapat menggelecek seorang pemain sekalipun.”

“Buffon adalah pemain terbaik di padang. Saya juga sangat menyukai Douglas Costa, tetapi Sarri membiarkannya bermain 60 minit. [Douglas] Costa dan [Juan] Cuadrado adalah satu-satunya yang dapat mengatasi pemain mereka kerana pada masa ini Ronaldo sedang berjuang dan bergelut untuk menggelecek bola. ”

Kekalahan pada hari Rabu menandakan satu-satunya detik dalam karier Ronaldo bahawa dia telah tewas dalam dua final berturut-turut, setelah dikalahkan oleh Lazio di Supercoppa Italiana pada akhir tahun 2019.

Walau apa pun, kakak Ronaldo pergi ke Instagram setelah pertandingan untuk mempertahankan adiknya itu.

Kakak beliau berkata, perjuangan di atas padang bukan berkaitan Ronaldo seorang.

Dia berkata: “Apa lagi yang dapat kamu lakukan? Itulah yang seadanya dan sayangku [hari ini] tidak mampu melakukan keajaiban seorang diri.”

“Saya tidak faham bagaimana mereka bermain seperti itu. Bagaimanapun, terus dongakkan kepala [bangga] . Anda sudah melakukan segalanya, rajaku.”

Coppa Italia tahun ini adalah yang pertama dalam 11 tahun yang diputuskan melalui penentuan penalti, dan merupakan kali keenam Napoli menjulang trofi dalam sejarah mereka – hanya empat pasukan yang memenanginya lebih kerap.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.