“Nak Sekat Man City B-14 Pun Payah,” Kata Moyes

David Moyes berkata, nak sekat pasukan Man City B-14 pun sukar apatah lagi nak sekat Manchester City daripada menjuarai EPL. Moyes ditanya adakah dia sedia membantu Arsenal menjuarai EPL musim ini dengan mengalahkan Man City atau mengikat pasukan itu di Etihad.

Moyes anggap ianya tugas sukar namun dia berjanji West Ham akan bersikap profesional tanpa memikirkan isu perseteruan sebandar dengan Arsenal. Moyes akan meninggalkan West Ham selepas tamat musim ini. Dan dia sedia memberikan aksi terbaiknya buat peminat.

Penyokong Arsenal malah sudah berjanji akan bersorak nama David Moyes untuk selamanya jika pengurus itu membantu mereka menjuarai EPL musim ini. Moyes berkata: “Nak sekat skuad B-14 mereka daripada memenangi liga pun sukar [inikan pula skuad utama City].

@frankscofieldfootballtv

#Davidmoyes#westham#football#premierleague#fyp#trending#viral

♬ original sound – Frankscofield football tv

“Saya cuma boleh pakai ayat, profesional. Kami akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik.

Moyes akan meninggalkan West Ham sebagai jurulatih legenda kelab itu. 2 setengah musim di Hammers, dia membantu West Ham mara ke 3 suku akhir eropah. Malah sempat membantu kelab itu menjuarai Liga Persidangan Eropah musim 2022/23 dengan menewaskan Fiorentina pada final di Prague.

Kehilangan Declan Rice menyukarkan Moyes untuk membentuk pasukan yang lebih kuat. Namun peminat sudah menyorak namanya pada aksi terakhir di Stadium Olimpik sebelum ini. Moyes menerima keputusan kelab untuk tidak menyambung khidmatnya. Dia berkata: “Saya percaya kelab membuat keputusan terbaik untuk semua pihak, untuk saya dan untuk kelab.

“Pasukan West Ham ini ada potensi yang sangat baik untuk terus berkembang. Mereka boleh meningkat naik dalam banyak perkara dan saya harap mereka akan mampu melakukannya.

“Langkah seterusnya adalah terus mara ke hadapan. Dan ini mungkin peluang terbaik untuk mereka mendapatkan sesuatu lebih besar selepas ini.

West Ham masih belum mengumumkan siapa pengganti Moyes secara rasmi. Namun laporan beberapa media utama di Eropah menyebut bahawa West Ham sudah mencapai kesepakatan dengan bekas pengendali Real Madrid, Wolves, Sepanyol dan Sevilla iaitu Julen Lopetegui.

Moyes bangga dengan sorakan yang dia terima ketika di Stadium Olimpik minggu lalu. Dia diberikan penghargaan luar biasa oleh penyokong.

“Kamu selalu dengar perkara negatif namun perkara terbaik adalah 50,000 penyokong berada di belakang kamu sehingga wisel penamat.

“Menyertai sesebuah kelab dan melakukan sesuatu untuk mereka adalah perkara yang sukar bagi mana mana pengurus. Saya berharap, ketika saya melangkah keluar, ada orang akan hargai apa yang saya dah lakukan dan standard di sini telah dinaikkan lagi.

“Ketika hari pertama saya tiba di sini, saya diminta membantu kelab ini menjauhi zon penyingkiran. Dan orang cakap saya pakar dalam perkara itu. Namun sekarang ini penyokong mahu kelab ini mara ke pertandingan eropah. Ini adalah perubahan yang sangat besar,” tegas Moyes.