Nakagami Beri Penghormatan Kepada Tomizawa Sebelum Tinggalkan Misano

Takaaki Nakagami sentiasa menganggap Misano sebagai litar rumah (home circuit) keduanya. Ini kerana beliau kehilangan salah seorang rakan baiknya di Misano sepuluh tahun yang lalu iaitu Shoya Tomizawa .

Oleh kerana itu, pelumba MotoGP Jepun itu sentiasa menganggap Misano sebagai tempat istimewa dan emosi pada masa yang sama.

Beliau mengenali Tomizawa sejak kecil lagi kerana minat yang sama dalam dunia pemotoran.

Sepuluh tahun yang lalu, Takaaki Nakagami kehilangan rakan baiknya di litar Misano.

Pelumba Moto2 dari Jepun mengalami kemalangan pada 5 September 2010 di litar Misano. Setelah kehilangan kawalan kawalan pada motosikal di pusingan kedua belas.

Kerana kecederaannya yang parah, beberapa saat kemudian, Tomizawa yang ketika itu berusia 19 tahun meninggal dunia.

Sejak dari hari itu setiap kali ke Misano, Nakagami akan meluangkan masa untuk memberikan penghormatan kepada rakannya.

Nakagami meninggalkan kejuaraan motosikal dunia pada akhir tahun 2009 dan memenangi perlumbaan lapan jam Suzuka pada tahun 2010 bersama Ryuichi Kiyonari dan Takumi Takahashi.

Pada bulan September, pelumba pasukan LCR Honda kembali ke Misano Circuit untuk meneruskan siri MotoGP.

Dia berkata: “Motegi adalah rumah perlumbaan (pertama) saya dan tentu saja sangat penting bagi saya. Tetapi selepas itu Misano (yang kedua), akan selamanya seperti itu. ”

“Apabila saya memikirkan perkara ini, ada perasaan emosional kerana saya kehilangan rakan dan pesaing hebat, Shoya.”

“Saya tidak meratap, tetapi mempunyai perasaan positif. Saya tidak dapat menjelaskan mengapa ini berlaku, tetapi ia istimewa. Ia seperti perlumbaan rumah kedua.”

Ketika kembali ke perlumbaan GP San Marino hujung minggu ini, Nakagami mengenang semula kejadian itu. Dia juga memberi penghormatan kepada mendiang Tomizawa.

“Hello sahabaku. Saya akan datang lagi selepas tamat perlumbaan. Perlumbaan penting bagi saya,” tulis Nakagami di akaun Twitternya. Dalam muat naik tersebut, Nakagami juga terlihat berada di tepi litar, di tempat di mana Tomizawa mengalami kemalangan.

Masih ada tanda-tanda kemalangan di pinggir trek.  Tomizawa adalah pelumba dari Jepun pertama yang meninggal dunia dalam kemalangan serius semasa perlumbaan sejak Daijiro Kato, yang meninggal di Suzuka 2003.

Tomizawa melekatkan nombor 74 di bahu kirnya sebagai penghormatan kepada Kato.

Sementara itu, Nakagami meletakkan nombor 74 dan nombor Tomizawa, 48, di bahagian belakang baju di lehernya.

Dalam aksi di Misano sebentar tadi, Nakagami sekali lagi memberikan penghormatan kepada mendiang rakannya.

Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Misano pada kali ini.

Takaaki Nakagami antara pelumba Honda yang cemerlang musim ini. Beliau kini berada di tangga ketujuh dalam carta kejuaraan dunia.

Baca yang lain