Nama PES Digantikan eFootball Sepenuhnya, Dimainkan Percuma Dalam Versi Digital Sepenuhnya

Konami secara rasminya menjenamakan semula sepenuhnya siri Pro Evolution Soccer kepada eFootball. Dan ianya akan boleh dimainkan secara percuma oleh peminat permainan bola sepak.

Jadi tidak ada lagi nama PES lagi ataupun Winning Eleven seperti di Jepun. Sebelum ini para pemain PES perlu membeli permainan tersebut dengan harga beratus ringgit.

Dan kini ianya tidak berlaku lagi apabila Konami menawarkan ia secara percuma.

Walaupun percuma, permainan tersebut dilaporkan hanya boleh dimainkan secara atas talian. Dan ianya akan mulai dilancarkan pada musim bunga akan datang.

Konami mengesahkan bahawa eFootball boleh dimainkan menerusi plaform PC, PS5, PS4, Xbox Series X/S, dan Xbox One. Versi iOS dan Android kemudian akan menyusul.

IGN melaporkan Konami masih enggan mengulas tentang kemungkinan boleh dimainkan di Nintendo Switch.

Dengan versi baru ini, kesemua pemain boleh merasai permainan antara konsol yang berbeza ataupun cross-play. Pemain versi mobile digalakkan menggunakan controller untuk bermain menentang pemain dari PC dan konsol lain.

Konami menegaskan bahawa permainan di antara versi mobile dan konsol lain akan berfungsi sama tidak seperti permainan seperti Fortnite.

Konami melihat semakin ramai pemain yang menggemari platform mobile dan menganggap ianya satu kejayaan besar untuk versi tersebut.

Bercakap kepada IGN, Seitaro Kimura menyatakan langkah itu diambil untuk memastikan para pemain mendapat kemaskini segera pada setiap masa.

Pemain akan mendapat kemaskini untuk musim baharu pada setiap tahun.

Konami nampaknya lebih menumpukan usaha mengaut keuntungan daripada pembelian pakej atas talian oleh para pemain untuk mendapatkan pemain yang mereka suka.

Sebagai tambahan eFootball 2022 akan menggunakan engine Unreal 4. Dan Neymar turut diumumkan sebagai duta terbaru eFootball 2022.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi