Nani Pertahankan Ronaldo: “Dia Tak Ada Masa Nak Menunggu Lagi Projek Di United”

Nani akhirnya tampil mengulas situasi Cristiano Ronaldo di Manchester United. Di mana menurut bekas rakan sepasukannya di Manchester United itu, dia menyebelahi Ronaldo dalam perkara itu.

Ronaldo dikaitkan dengan keinginannya untuk meninggalkan Manchester United dan menyertai kelab yang bermain di Liga Juara Juara Eropah.

Ronaldo sudah menghantar transfer request. Dan ejennya masih berusaha mendapatkan kelab baharu untuknya.

Namun Man United berkeras bahawa Ronaldo bukan untuk dijual dan tidak mahu melepaskan pemain itu kepada mana mana kelab.

Menurut Nani, Ronaldo sudah tak boleh menunggu lebih lama lagi projek bola sepak di Manchester United yang boleh memenangi trofi berprestij seperti UCL dan EPL.

Situasi yang masih tak stabil dan carca merba di Manchester United menjadi sebab kenapa Ronaldo mahu angkat kaki, menurut Nani.

Di mana kelab tersebut terus  bergelut untuk membentuk pasukan yang benar benar stabil sejak ditinggalkan Sir Alex Ferguson.

Ronaldo sebelum ini tiba semula di Manchester United kerana dia yakin projek Manchester United ketika itu sudah berada di tahap terbaik dan dia mahu menjadi pelengkap kepada projek tersebut.

Malangnya, Manchester United bergelut dengan prestasi pada musim lalu selepas permulaan yang cemerlang.

Ronaldo terlepas aksi UCL kerana pasukannya hanya mampu menamatkan saingan di kelompok slot UEL.

Nani tampil mengulas situasi Ronaldo. Menurutnya, masa telah mengubah segalanya. Ronaldo yang sekarang bukan yang Ronaldo yang dahulu.

Dia semakin menuju ke penghujung kariernya. Ronaldo mahu menamatkan baki baki kariernya dengan bermain di UCL.

Ronaldo

Itu yang membuatkan reaksi Ronaldo ke atas polisi kelab pada ketika ini berbeza.

Nani berakata: “Kami sudah lama tidak bermain bersama. Dia bukan budak lagi. Masa telah berubah dan reaksi dan sikap juga boleh berubah.”

“Tetapi kita melihat bahawa dia sentiasa melakukan perkara yang sama. Dia tidak suka kalah, dia akan sentiasa bertindak balas apabila pasukan tidak bermain dengan baik atau ketinggalan, cuma masa berbeza. ”

“Dia kembali ke Manchester United, tetapi dia sudah berada di seluruh dunia [bermain di negara negara berbeza]. Dia bermain dengan baik dalam pasukan yang berbeza”, kata pemain sayap Portugal itu di saluran Youtube Five Rio Ferdinand.

“Dia berada dalam pasukan di mana jurulatih cuba membina skuad yang kuat, tetapi ia tidak mudah, ia memerlukan masa. ”

“Tetapi Cristiano tidak mempunyai masa untuk dibazirkan lagi, dia tidak sabar untuk menunggu mereka membina pasukan atau menunggu musim depan untuk menjadi lebih baik.”

“Dia mahu kekal berada di atas [persaingan tertinggi seperti UCL], menjaringkan gol dan menjadi watak penting. Itulah sebabnya reaksinya kali ini adalah perkara biasa, kita semua mempunyai reaksi yang bertentangan kadang-kadang.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.