Napoli Baran Osimhen Tak Mahu Sertai Manchester United

Napoli dan Osimhen  sekali lagi berkonflik. Kali kerana pemain itu enggan menerima perpindahan ke Man United menurut La Republica.

Sebelum ini Osimhen pernah meminta perpindahan ke PSG namun Napoli meminta lebih €250 juta untuk perpindahannya. Angka yang dianggap tidak munasabah oleh  Osimhen.

Dia kemudian menyatakan dia tidak mahu kekal di Napoli. Membuatkan kelab itu memberitahu Antonio Conte bahawa pemain itu tidak akan dalam pasukan musim ini. Dia akan dijual oleh kelab.

Conte setuju dengan perkara itu dengan syarat kelab itu mendapatkannya Romelu Lukaku.

Kemudian Osimhen meminta perpindahan ke Chelsea. Sekali lagi kelab itu menolak bidaan Chelsea yang dianggap tidak cukup  €120 juta tanda harga diminta mereka.

Osimhen hampir menyertai kelab Arab Saudi selepas itu dan akhirnya perpindahannya semua gagal, termasuk ke PSG yang sekali lagi cuba mendapatkannya.

Dia kemudian dipinjamkan ke Galatasaray kerana jendela perpindahan Liga Turki agak lewat ditutup berbanding liga lain di Eropah.

Kini peluang untuk Napoli untuk menjualnya sebelum dia memasuki tahun akhir kontraknya pada akhir musim ini. Kontrak semasanya masih ada sehingga 2027 di Napoli.

Malangnya pemain itu dikatakan tidak mahu memberikan kerjasama kepada Napoli dalam memudahkan urusan menjualnya.  Man United sedia meminjam dahulu pemain itu dan membelinya secara tetap selepas tamat musim ini.

United juga berencana untuk menjual beberapa pemain akhir musim ini termasuk Marcus Rashford yang boleh memberikan ruang besar kepada bil gaji pemain di kelab itu.

Nama Joshua Zirkzee juga antara yang disebut sebagai antara yang mungkin akan dilepaskan jika ada tawaran yang baik. Amorim akui dia sukakan Zirkzee namun dia tidak pasti jika pemain itu akan terus berada di United.

“Saya mahu mengekalkan Joshua Zirkzee kerana dia pemain yang cuba untuk memberikan segalanya.

“Namun saya tidak pasti, jendela perpindahan sudah terbuka. Kita akan tengok apa yang akan berlaku,” tegas Amorim yang membayangkan bahawa dia tidak berkuasa sepenuhnya dalam isu jual beli pemain.

Amorim masih mencari penyelesaian kepada masalah sernagan mereka. Dengan beberapa pemain seperti Hojlund masih dianggap sedang membangun.

Rashford pula dilihat ada masalah dengan disiplinnya.  Dia seringkali keluar malam sebelum hari perlawanan. Itu tidak digemari Amorim. Dan membuatkan pemain itu kerap disisihkan.

Osimhen cemerlang menjadi antara penggempur terbaik di liga utama Eropah. Ini terutama sekali ketika dia membantu Napoli menamatkan kemarau Serie A beberapa tahun lalu.

Tetapi konflik dia dengan kelab Napoli membuatkan dia semakin tawar hati dengan kelab itu. Dia malah pernah mendapat ejekan rasis daripada admin media sosial rasmi kelab itu sendiri.

Lebih perit akaun tiktok rasmi Napoli pernah troll dia kerana tak masuk penalti. Membuatkan Osimhen pernah mengancam mahu menyaman kelab dia sendiri pada masa itu.

Osimhen dianggap memiliki ciri ciri kuat sebagai penyerang kelab setara United. Malangnya ketika ini, pemain itu mulai disyaki mahu menyusahkan Napoli dalam menjualnya. Dan semakin kontraknya semakin ke penghujung, harganya semakin rendah.

Lebih buruk lagi Napoli berpotensi kehilangan pemain itu secara percuma jika dia gagal dijual selepas tamat musim ini.  Laurentiis yang bengang dengan Osimhen mengingatkan Galatasaray agar membeli terus pemain itu.

Napoli pada masa yang sama berminat dengan Marcus Rashford. Dan United dikatakan masih memantau perkembangan Osimhen untuk dibawa masuk ke kelab itu.