Napoli Sedia Lepaskan Osimhen Ke Man United Dengan Harga €100 juta

Luciano Spalletit menegaskan bahawa agak sukar untuk Napoli untuk mengatakan tidak kepada tawaran €100 juta (£85 juta) sekiranya Manchester United benar benar sanggup membayar tanda harga tersebut untuk Victor Osimhen.

Spalletti menyatakan bahawa dia kelab pastinya akan tertarik dengan tawaran itu jika ianya dibuat oleh mana mana kelab termasuk United selepas kelab itu membayar angka yang sama untuk mendapatkan Antony dari Ajax.

Manchester United dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran wang besar untuk penyerang Nigeria itu, walaupun khabar angin itu telah reda sejak tumpuan mereka beralih kepada mendapatkan Antony dari Ajax.

Osimhen juga telah menarik minat pemain seperti Arsenal, Tottenham dan Bayern Munich pada jendela ini, tetapi dia kelihatan bakal kekal sebagai pemain Napoli menjelang tarikh akhir perpindahan Khamis ini.

Bagaimanapun, bercakap selepas Napoli seri tanpa jaringan dengan Fiorentina pada hari Ahad, Spalletti mengakui pasukannya akan bergelut untuk menolak jumlah yang besar untuk pemain berusia 22 tahun itu pada hari terakhir perpindahan.

Spalletti berkata: “Kelab memikirkan sebarang situasi yang menarik minat pemain kami.”

“Saya katakan jika ada sebuah kelab menawarkan anda €100 juta, tidak mudah untuk mengatakan tidak kepadanya.”

“Sejak saya tiba di sini, semua pemain telah berada di pasaran untuk harga yang sesuai.”

Osimhen menjadi penggempur yang sangat hebat di Eropah dalam beberapa musim ini. Dia telah menyumbang kepada 24 gol dalam semua pertandingan untuk Napoli musim lalu dan sudah menjaringkan dua gol serta satu assist dalam tiga penampilan pertamanya dalam kempen Serie A kempen ini.

Beberapa hari lalu, penyerang itu turut dikaitkan dengan kemungkinan terlibat dalam pertukaran wang + pemain melibatkan Cristiano Ronaldo, yang sedang mencari bola sepak Liga Juara-Juara Eropah.

Mendes malah cuba meyakinkan kedua dua kelab bahawa itu adalah perkara yang terbaik ketika ini, dengan Man United dicadangkan membayar 85% daripada gaji Ronaldo sepanjang tempoh pinjaman tersebut.

Ditanya sama ada Osimhen terbuka untuk menyertai kelab baharu, Spalletti menyatakan bahawa pemain itu sudah memberitahunya bahawa dia mahu beraksi di UCL bersama sama dengan Napoli.

Spalletti menambah: “Dia memberi maklum balas sebelum ini, mengatakan dia mahu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah bersama pasukan ini.”

“Dia mengambil berat tentang rakan sepasukannya, dia mengejar pemain lawan untuk membantu dan merupakan titik fokus yang sangat kuat dalam serangan.”

“Memiliki dia di tangan kami dengan mentaliti itu adalah yang terbaik yang kami boleh minta.”

CDS melaporkan bahawa, masih ada kemungkinan Osimhen akan ke United pada hari terakhir perpindahan dengan perjanjian pinjaman terlebih dahulu, tetapi klausa pembelian tetap adalah sangat tinggi.

Adakah Osimhen akan menjadi penggempur baharu Man United? Nampak sukar namun apa apa boleh berlaku.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi