Napoli dilaporkan kecewa dan sedih kerana tiada kelab yang sanggup membeli Victor Osimhen dengan nilai €200 juta seperti yang ditetapkan mereka.
Sebelum ini Osimhen sudah sedia mengucapkan selamat tinggal kepada Napoli selepas membantu kelab itu menjadi juara Serie A.
Dia malah mengakui mahu bermain di Liga Perdana Inggeris kerana menonton liga itu dari kecil terutama sekali Man United. Dia menolak perpindahan ke Chelsea dan Liverpool yang turut dikaitkan dengannya sebelum ini.
Victor Osimhen only wants either of Real Madrid or Manchester United ❤️
The two biggest clubs in the world 🌍 pic.twitter.com/aDUt2cvHrN
— ONE UNITED (@UtdBundy) June 30, 2023
“Di Nigeria, kami meminati Liga Perdana Inggeris. Bermain di sana adalah satu impian bagi kami,” kata Osimhen beberapa bulan lalu ketika dia dikaitkan dengan perpindahan ke Man United.
Tindakan Aurellio Laurentiis (Presiden Napoli) yang mahu memaksimumkan penjualan pemain terutama sekali Osimhen telah membuatkan Luciano Spalletti melepaskan jawatannya.
Kerana Spalletti tidak mendapat jaminan akan mendapat pengganti untuk pemain pemain utama tersebut ketika kelab mempertahankan kejuaraan Serie A dan kembali ke UCL.
Manchester United awalnya sudah mendapatkan status sebenar pemain itu daripada Napoli. Dengan Ten Hag benar benar berminat mahukan pemain itu menjadi no.9 baharu kelabnya.
Malangnya, kelab itu dilihat langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk membida secara rasmi pemain tersebut.
PSG sebelum ini menawarkan harga €100 juta untuk Osimhen, tanda harga yang Napoli letakkan sebelum ini untuk pemain itu. Namun mereka tolak tawaran PSG kerana menurut mereka nilai Osimhen sekarang €200 juta. Terutama sekali PSG mungkin akan menjual Mbappe dengan nilai yang sama kepada Real Madrid.
🚨 Une première offre de 100 M€ du PSG pour Victor Osimhen 🇳🇬 a été rejetée par Aurelio De Laurentiis. ❌
Le président du Napoli estime la valeur du joueur au double, tandis que des clubs anglais préparent des offres pour le Nigérian. 🤑
(@Gazzetta_it) pic.twitter.com/n9c915ZT9t
— Actu Foot (@ActuFoot_) June 26, 2023
Sikap terlalu tamak Napoli itu membuatkan tiada kelab yang benar benar berani untuk membida Osimhen. Kerana dianggap terlalu mahal.
Napoli sudah berminggu minggu menanti bidaan daripada United, dan malah ada yang membuat konklusi bahawa United mungkin tidak berminat lagi dengan Osimhen.
Salah satu halangan utama adalah harga €100 juta yang kini meningkat kepada €200 juta yang diletakkan Napoli.
United memiliki dana perpindahan sekitar €120 juta sahaja kerana isu bebanan hutang dan tiada suntikan pemilik. Ditambah dengan kegagalan menjual pemain dengan nilai tinggi.
Kelab menantikan tawaran dari kelab besar lain. Yang ternyata setakat ini, kelab seperti Bayern lebih memilih untuk cuba membeli Harry Kane dengan nilai £60 juta.
Seterusnya, Real Madrid dilaporkan mungkin akan membuat perjanjian pinjaman pemain sementara menunggu kehadiran Mbappe secara percuma musim hadapan.
Kelab gergasi seperti Juventus berdepan masalah kewangan.
Kontrak semasa Osimhen adalah sehingga 2025. Gazzetta Della Sport di Itali melaporkan bahawa, Napoli kini mempertimbangkan untuk kembali berunding melanjutkan kontrak pemain itu.
Dan menyerahkan sendiri kepada Osimhen untuk menentukan sama ada dia mahu kekal atau tidak.
Apa yang pasti, sehingga ke hari ini tiada bidaan rasmi dibuat untuk pemain tersebut.
Kelab berharap Osimhen akan melanjutkan kontraknya kerana sukar untuk mereka mencari penyerang baharu jika pemain itu meninggalkan kelab terlalu lewat pada jendela perpindahan kali ini.
Dan sudah tentunya, Napoli berjanji akan sedia menjual Osimhen pada musim akan datang.
Adakah itu akan berlaku? Jika Osimhen melanjutkan kontraknya di Napoli, nilai pasaran pemain itu mungkin akan dinaikkan lagi.
Selain itu, Napoli yakin, mereka akan mampu mempertahankan kejuaraan Serie A musim hadapan jika Osimhen terus kekal.