Nasi Terkejut Batu Tak Tahu Man City Akan Lawan Arsenal Lepas Ni

Kita selalu mendengar pengurus atau pemain berkata, mereka hanya fokus pada perlawanan seterusnya semata mata dan selepas habis tugasan itu baru fikir misi yang lain.

Bak kata orang, satu satu dulu, jangan kalut.

Perkara itu benar benar diamalkan John Stones yang membuatkan Declan Rice benar benar terkejut.

John Stones kini fokus untuk tugasan bersama dengan England. Ketika itu England dalam persiapan menentang pasukan Brazil.

Dan dia langsung tak memikirkan soal aksi Manchester City dan Arsenal yang akan berlangsung selepas tugasan antarabangsa.

Rice berkata: “Minggu lepas saya jumpa John Stones. Dia malah tidak tahu bahawa mereka [Man City] akan menentang kami pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berikutnya.

“Saya kata kat dia: John perlawanan besar untuk perlawanan seterusnya jangan lupa.”

“John siap tanya saya: ‘La ye ke, korang lawan pasukan mana ek?’.”

“Saya balas: Kemon la John, kitorang lawan korang la, Arsenal lawan Manchester City. Dia pun cakap: ‘Oh iye la kan’.”

“John adalah pemain yang sukar menyelesaikan dahulu perlawanan seterusnya dahulu barulah fikir perlawanan seterusnya.”

Seterusnya Declan Rice berkata dia akan cuba memujuk Ben White untuk kembali menyertai kem England. Kerana menurutnya adalah satu kerugian buat England jika tidak mendapatkan khidmat pemain yang berkualiti seperti Ben White.

White sebelum ini minta dikecualikan daripada tugasan antarabangsa kali ini kerana fokus kepada membantu Arsenal yang akan berdepan Man City pada aksi berikutnya.

Di mana perlawanan itu boleh menjadi penentu kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di