Nasri Dedah Sampaoli Tak Larang Dia Minum, Berparti & Tuduh Doktor ‘Cinggey’ Ini Hancurkan Kariernya

Pemain bola sepak profesional pastinya mengidamkan kebebasan total. Namun itu sebenarnya tidak berlaku di dalam karier mereka. Di mana mereka terikat dengan kontrak.

Arsenal di bawah Arsene Wenger misalnya, akan memotong gaji pemain yang kantoi merokok ataupun tidur lewat lebih daripada waktu ditetapkan.

Namun harus diakui ramai pemain yang melakukan perkara ditegah itu secara sembunyi. Satu pendedahan di Itali sebelum ini menyatakan, apabila korang tengok gambar pemain bola masuk bar / pub, korang mungkin tak akan jumpa gambar botol arak ataupun soda (minuman bergas).

Ini kerana mereka akan mengelak daripada terkena tindakan. Ya, ramai pemain yang berdisplin walaupun bersosial. Namun ada yang menyembunyikannya dengan sedaya upaya daripada ketahuan.

Samir Nasri antara pemain yang mahukan kebebasan dalam hidupnya. Malangnya kariernya tidak mengizinkannya. Beliau bermain dengan jurulatih setegas Wenger sebelum ini dan kemudian Roberto Mancini – yang juga tegas.

Tetapi dia mendapat kebebasan luar biasa itu ketika di Sevilla di bawah Jorge Sampaoli.

Sampaoli tak kisah saya buat apa – Nasri

Di mana Nasri mendedahkan Sampaoli tidak kisah langsung Nasri minum ataupun berparti selama mana dia nak. Tetapi harus diakui, musim dengan Sevilla adalah antara musim terbaik beliau selain daripada di Arsenal dan pada awal karier bersama City.

Beliau bangkit semula ketika di bawah Sampaoli pada musim 2016/17. Sevilla bermain salah satu bola sepak terbaik di Eropah pada ketika itu. Nasri menjadi tonggak penting mereka.

Nasri, 32, yang kini bermain untuk Anderlecht di Belgium, mengenang kembali kejayaannya di Sevilla – dan hubungannya yang luar biasa rapatnya dengan Sampaoli – dalam wawancara di Instagram pada hari Isnin.

“Saya mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan Sampaoli, dia lebih kepada seorang rakan berbanding jurulatih,” kata Nasri.

“Sampaoli sangat menyukai saya sehingga dia berkata kepada saya ‘Datanglah ke pasukan kami, kamu boleh minum, pergi ke kelab malam, melakukan apa yang kamu mahukan dan saya akan menutupi punggung [cover your a**] anda. Yang saya minta ialah kamu bermain dengan baik di padang di hujung minggu. ‘”

“Sebenarnya, pada suatu hujung minggu saya tidak dapat bermain dan saya mahu pulang ke rumah dan berjumpa keluarga saya dan dia menawarkan diri untuk menjaga rumah saya dan menjaga anjing saya.”

Hancur kerana cinggey

Kempen baik Nasri mulai lebur setelah dia menjalani rawatan intravena di sebuah klinik di Los Angeles yang akhirnya menyebabkan dia dilarang bermain bola sepak selama 18 bulan kerana melanggar peraturan anti-doping.

Walaupun dia buat apa saja benda di Sevilla di-cover line baik oleh Sampaoli, namun satu peristiwa di Los Angeles ternyata di luar kemampuan Sampaoli.

“Apa yang berlaku di Los Angeles merosakkan musim saya,” tambahnya.

“Ini adalah suntikan vitamin yang sah dan saya mempunyai preskripsi tetapi klinik menyuntik saya dengan jumlah yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Saya hancur kerana perkara itu dan saya fikir saya akan dilarang bermain selama dua tahun.”

“Saya tidak mahu bermain lagi selepas itu. Saya bahkan memberitahu Sampaoli untuk membiarkan saya, tetapi dia selalu mahu saya bermain. Saya tersesat, saya cemas dan marah dengan segalanya. Saya tidak menunjukkannya di padang tetapi bola sepak sudah berakhir untuk saya. ”

Nama doktor tersebut Jamila Sozahda. Yang merupakan pemilik bersama klinik tempat Nasri mengambil suntikan.

Jamila mulai menjadi perhatian dunia selepas insiden itu yang Nasri gelar sebagai skandal yang menghancurkan kariernya.

Baca yang lain