Nasri: Deschamps Terlalu Kronisme, Taktikal Pun Tak Cantik, Gantikan Dengan Guardiola

Samir Nasri sudah tidak dapat menahan rasa tidak puas hati beliau. Mungkin sebab memikirkan masanya untuk dipanggil skuad kebangsaan sudah berakhir kerana usianya.

Nasri dalam satu live instagram telah mengutuk Didier Deschamps dan menuduh jurulatih itu bersikap kronisme.

Malah Nasri turut menuduh Deschamps membuatkan pasukan Perancis kurang dihormati walaupun menang Piala Dunia – kerana corak permainan bola sepak yang tidak menarik dan rigid.

Nasri berkata, jika gaya permainan diambil kira, Perancis pastinya bukan pasukan yang layak menang Piala Dunia 2018. Nasri menganggap kemenangan itu tidak cantik dengan gaya permainan defensif.

Nasri kini bermain untuk Andelecht. Beliau menjawab persoalan tentang pasukan Perancis selepas ditanya oleh wartawan Bertrand Latour.

Nasri juga menyelar Deschamps sebagai pilih kasih dan tidak memberikan peluang yang adil kepada beberapa pemain seperti Karim Benzema dan beliau sendiri.

“Saya gembira, pada 2018 Perancis menang Piala Dunia. Dan saya masih lagi gembira sehingga hari ini.”

“Namun sebenarnya, Dechampas boleh membuat 2 atau 3 pasukan Perancis yang sangat baik berdasarkan kualiti ramai pemain yang ada.”

“Cuba letak Guardiola di dalam pasukan kebangsaan Perancis. Baru korang tengok bagaimana Perancis bermain. Kita akan menikmatinya,” luah Nasri yang tidak gemar dengan cara Perancis bermain.

“Saya ada rakan yang bermain dan terpilih, itu bagus sekali, mereka berhak, bermain di Piala Dunia.”

Nasri kemudian mempersoalkan kenapa Deschamps tidak memilih beberapa pemain dari generasi beliau yang masih bermain di peringkat tertinggi. Misalnya Karim Benzema.

“Saya tak faham kenapa Benzema gagal terpilih mewakili Perancis di Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.”

“Tak! Saya langsung tak faham juga kenapa saya gagal terpilih mewakili Perancis untuk Piala Dunia 2014. Beritahu saya, siapa pemain yang gembira bila mereka disisihkan?”

“Saya juga tak faham kenapa Hatem Ben Arfa turut gagal ke Euro 2016 selepas aksi cemerlang beliau bersama Nice.”

“Di dalam pasukan Perancis terlalu banyak kronisme.”

“Bagi 200 juta pemain sekalipun untuk pemilihan pun tak guna. Lihat sahajalah nama-nama yang selalu dipilih walaupun mereka tidak main bagus pun di peringkat kelab.”

“Ianya bergantung kepada jurulatih. Ada jurulatih yang ikut telunjuk media seperti L’Equipe. Memang banyak kronisme di dalam pasukan Perancis.”

“Kriteria pemilihan sudah berubah. Sebelum ini, kamu kena bermain cemerlang di kelab kamu untuk mewakili pasukan kebangsaan. Namun hari ini, ia sudah berubah.”

Akhir sekali Sami Nari menyatakan beliau akan menjadi jurulatih selepas bersara nanti. Dan impian beliau adalah mahu menabur bakti di Olympique Marseille.

Sebelum ini pemain seperti Benzema dan Rabiot antara yang pernah mempersoalkan kenapa mereka disisihkan.

Benzema tempoh hari siap menyindir Olivier Giroud dengan melabel pemain itu ibarat gokart dan dia adalah Formula One.

Dalam temasya Piala Dunia 2018, beberapa nama yang cemerlang di kelab telah disisihkan. Antaranya Anthony Martial dan Alexander Lacazette.

Namun Deschamps menegaskan beliau memilih pemain berdasarkan keperluan pasukan.

Perancis berjaya menjulang Piala Dunia kedua dalam sejarah negara mereka.