Nasser Al Khelaifi Mahu Balas Dendam Mahu Pancing 4 Pemain Real Madrid Ini

Nasser Al Khelaifi dilaporkan sedia untuk membalas dendam ke atas Real Madrid selepas kelab itu dituduh sebagai punca Mbappe tidak mahu dilanjutkan kontrak atau dijual.

Sebelum ini Al Khelaifi sudah mengadu masalah itu kepada FIFA, mendakwa bahawa Real Madrid punca mereka gagal menjual Mbappe kerana pemain itu disyaki sudah bertekad mahu menyertai Real Madrid secara percuma.

Nasser menganggap sukar untuk mereka menjual Mbappe walaupun sudah membuka pintu kepada kelab lain untuk membida pemain itu dengan tanda harga €200 juta sahaja.

Beberapa minggu lalu, Al Hilal sedia membayar €300 juta kepada PSG untuk membeli Mbappe namun ditolak oleh pemain itu.

Jika Mbappe menyertai Real Madrid, PSG sudah sedia untuk memancing 4 pemain kelab itu.

Mereka ialah Aurelien Tchouameni, Eduardo Camavinga dan Rodrygo serta Nico Paz. 4 pemain muda yang disahkan Perez sebagai tidak boleh dijual oleh Ancelotti.

Apabila PSG menyatakan niat mereka mahukan pemain ini, mereka berharap 3 pemain tersebut akan tertarik untuk menyertai kelab Paris itu dengan tawaran gaji lebih lumayan.

Untuk memujuk pemain itu datang secara percuma mungkin mustahil kerana ketiga tiga pemain iaitu Rodrygo, Camavinga dan Tchouameni sudah dilanjutkan kontrak sehingga 2028. Sementara Nico Paz masih ada kontrak sehingga 2027.

PSG pastinya sedar agak sukar untuk memancing kesemua pemain pemain itu. Namun sekurang kurangnya mereka berjaya mendapatkan salah seorang atau dua daripada senarai tersebut.

Rodrygo Goes dianggap sesuai menggantikan Mbappe. Sementara Tchouameni dan Camavinga seringkali dianggap bakal penggantik Toni Kroos dan Luka Modric di tengah.

Isu Kylian Mbappe masih belum ada penyelesaian. Kelab sudah memberitahu Mbappe dia tidak dibenarkan menyertai aktiviti pra musim atau bermain pada musim ini tanpa melanjutkan kontraknya.

 

Baca yang lain