Sebelum ini Javier Tebas menjawab kritikan presiden PSG, Nasser Al Khelaifi berkaitan dengan Barcelona.
Di mana Khelaifi menuduh Barcelona bermain dengan tangan ghaib dalam usaha menyuntik dana ke dalam pasukan mereka.
Tebas kemudian menjelaskan bahawa, tidak ada apa yang perlu dihairankan. Kerana Barcelona sebenarnya menyelamatkan kelab mereka dengan menjual aset kelab itu sendiri.
Lalu Tebas menyindir Khelaifi bahawa jika di PSG, mereka mungkin terpaksa membuka lebih banyak tong gas untuk menyelamatkan kelab. Merujuk kepada tuduhan bahawa PSG sebenarnya kerap sewenang wenang menyuntik dana pemilik secara terus – yang mana ianya menyalahi undang undang.
Baru baru ini, Barcelona mengumumkan keuntungan €98 juta untuk tahun kewangan 2021/22. Kelab Catalan itu menjangkakan keuntungan €274 juta pada musim ini.
Berapa minggu lalu Barcelona diumumkan sebagai kelab paling berharga di dunia pada pasaran semasa selepas Real Madrid. Barcelona dinilai berharga €5.1 billion
Lembaga pengarah Barcelona mengumumkan bahawa kelab meraih pulangan €1.017 billion. Bermakna mereka berjaya mendapat keuntungan atau pendapatan sekitar €98 juta.
Awal bulan ini Barcelona berjaya meningkatkan had perbelanjaan mereka sebanyak €800 juta.
Bercelona di bawah pengurusan Joan Laporta telah melakukan kerja luar biasa untuk mengelak kelab daripada muflis.
Ketika dia mengambil alih jawatan di Barcelona, kelab menanggung hutang sebanyak €1.3 billion. Ianya berlaku kerana salah tadbir kewangan yang teruk di bawah Bartomeu.
Antara punca adalah pembelian pemain dengan harga terlalu emosi. 3 pemain dibeli dengan harga lebih €100 juta dalam 2 tahun iaitu Ousmane Dembele, Phil Coutinho dan Antoine Griezmann.
Selain itu, Barca ketika itu terbeban dengan bil gaji pemain yang sangat tinggi. Di mana Laporta mengesahkan bahawa Barca telah berjaya mengurangkan bil gaji pemain menerusi rundingan pelarasan gaji.
Barcelona kemudian menjual hak nama stadium kepada Spotify. Seterusnya menjual beberapa aset kelab termasuk hak penyiaran. Barcelona menjana lebih €200 juta daripada penjualan 49% hak Barca Studio.
Pada musim panas lalu, Barcelona mengaktifkan 4 tuas ekonomi mereka untuk membantu mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka. Selain daripada menjual dan melepaskan pemain kelab lain untuk mengosongkan bil gaji sambil meningkatkan had perbelanjaan kelab.
✅️| OFFICIAL: The Barcelona Board has approved the budget for the 2022-23 season with an operating income of €1.255 Bn and forecasting profits worth €274m.
• The 2021-22 financial year closed with a turnover of €1.017 Bn and a profit of €98m. pic.twitter.com/oHFSyEyN0M
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) September 19, 2022
Musim ini Barcelona optimis akan menjana keuntungan €274 juta selepas diluluskan dana operasi €1.225 billion. Terutama sekali Nou Camp kembali menerima kehadiran penyokong bermula pada musim ini selepas musim pandemik.
Khelaifi sindir Barca guna dana tangan ghaib
Namun perkembangan itu jelas sekali tidak meyakinkan Khelaifi yang merasakan bahawa ada dana daripada tangan ghaib membantu Barcelona. Mengibaratkan kemungkinan ada manipulasi dari segi penaja dan sebagainya.
Khelaifi berkata: “Peraturan kestabilan kewangan baharu adalah perkembangan positif. Peraturan mengawal kos. Di mana ianya akan menggalakkan pelaburan dan pelabur baharu.”
“Mereka akan membantu memastikan kemampanan bola sepak. Tetapi kita perlu berhati-hati; tahap hutang yang berbahaya dan suntikan modal tangan ghaib bukanlah satu laluan mampan yang kita maksudkan.”
“Kita perlu berfikir jangka panjang, bukan jangka pendek,” kata Al-Khelaïfi yang menyindir Barcelona kerana menjual banyak aset mereka kepada pelabur lain untuk menjadi modal baharu bagi pengoperasian kelab mereka.
Khelaifi menambah: “ECA juga telah bekerjasama rapat dengan UEFA dalam format pertandingan lelaki baharu selepas 2024. Akan ada lebih banyak perlawanan yang menarik.”
“Pertandingan akan lebih inklusif. Hasil kami akan berkembang. Kami telah pun melihatnya di Perancis dan UK. Dan di AS pertumbuhan kami melebihi 150%, dengan penjualan hak Sepanyol.”
“Kami merancang untuk bekerjasama dengan Paramount+ dan semua rakan kongsi media dan pemegang hak kami yang lain tentang cara menjangkau khalayak baharu, menjadi inovatif dan kekal relevan,” tegas Khelaifi dengan yakin.
Sindiran Khelaifi tentang modal ‘magik’ atau tangan ghaib itu tidak disenangi oleh Javier Tebas. Yang merasakan bahawa ianya jelas ditujukan kepada Barcelona.
Menurut Tebas, Barcelona memiliki aset yang besar untuk mereka cairkan bagi menyelamatkan kelab mereka. Sambil Tebas menyindir balik PSG, kalau PSG, Khelaifi mungkin terpaksa membuka lebih banyak saluran gas untuk menyelamatkan kelab mereka.
Tebas berkata: “Tiada tangan ghaib pun di sana. Barcelona menjual sebahagian aset kelab mereka untuk menampung kerugian, berbanding, PSG membuka tong gas [untuk selamatkan kelab jika berada dalam situasi Barca].”
“Untuk kestabilan dalam bola sepak, perkara pertama kamu kena buat adalah membayar hutang kamu bukan?”
No hay magia el @FCBarcelona_es ha vendido parte de su patrimonio para cubrir sus pérdidas,en el @psg_inside en cambio "abres el gas". Para un futbol sostenible lo primero es pagar lo que se debe VERDAD?
El 'recado' de Al Khelaïfi para el Barça https://t.co/svI5AK7qpy vía @sport— Javier Tebas Medrano (@Tebasjavier) September 23, 2022
Ini bukan kali pertama Tebas tidak berpuas hati dengan PSG. Dia pernah menyatakan bahawa UEFA pilih kasih kepada PSG ketika perpindahan Neymar dengan menyatakan mustahil PSG tak terkena salah laku FFP dengan membayar EUR212 juta untuk tebus klausa pelepasan Neymar. Kerana kelab itu tiada pendapatan sebesar itu.
Seterusnya Tebas turut bengang ketika Lionel Messi menyertai PSG dengan menganggap PSG sudah memiliki bil gaji pemain yang melampau.
Terbaru, Tebas yakin bahawa PSG akan terkena hukuman FFP jika mereka melanjutkan kontrak Mbappe dengan nilai yang sangat tinggi. Itu juga tak berlaku. PSG masih tidak dikenakan tindakan.
Khelaifi: Boleh ke macam tu?
Khelaifi tampil dengan kenyataan terbaru bahawa adakah sesebuah kelab itu dibenarkan menjual terlalu banyak daripada aset mereka, sepertimana dilakukan Barcelona.
Oleh itu, ianya dianggap oleh Nasser sebagai sesuatu yang akan merosakkan ekosistem bola sepak Eropah. Apabila ada satu pasukan yang mampu menjual terlalu banyak aset mereka
Nasser berkata: “Jika mereka membenarkannya, orang lain akan melakukan perkara yang sama. UEFA sudah tentu mempunyai peraturan kewangan mereka sendiri. Mereka perlu menyemak dasar Barcelona,”
Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi daripada Barcelona berhubung kenyataan Al-Khelaifi.
Namun, sejak kebelakangan ini, Al-Khelaifi sering mengkritik dua pasukan Sepanyol iaitu Barcelona dan Real Madrid.
Sebelum ini, tokoh dari Qatar itu menggelar Real Madrid sebagai pelik kerana mereka turut serta meraikan kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun mahu mencipta saingan saingan yang dinamakan Liga Super Eropah.
⚽️💰 Al Khelaifi pone en duda la legalidad de las palancas económicas del Barcelona
🤔😠 "¿Es justo? No, no es justo… ¿Es legal? No estoy seguro"https://t.co/HD5xcjZSss
— Tiempo de Juego (@tjcope) September 28, 2022
Kenyataan Nasser ini pastinya akan dipandang serius oleh UEFA memandangkan dia merupakan orang penting dalam organisasi tersebut.