Nasser Al Khelaifi Raikan Kepulangan Mbappe Dan Yakin Dia Akan Lanjutkan Kontrak Baharu

Nasser Al Khelaifi dilaporkan turun sendiri ke padang latihan PSG untuk menyambut kepulangan semula Kylian Mbappe ke dalam pasukan utama.

Sebelum ini pemain itu dilarang untuk bersama dengan pasukan utama sama ada untuk latihan atau perlawanan kompetitif.

Ini selepas Mbappe enggan melanjutkan kontrak dengan pasukan itu yang akan menyaksikan dia boleh keluar secara percuma musim hadapan.

PSG berdepan kesukaran menjual Mbappe kerana pemain itu tak mahu menerima perpindahan ke kelab lain terutama sekali Al Hilal yang menawarkan harga yang memuaskan hati PSG.

Real Madrid dianggap punca kepada semua yang berlaku. Dan PSG telah mengadu kepada FIFA bahawa Real Madrid menyusahkan mereka untuk melanjutkan kontrak atau menjual Mbappe.

Namun semalam PSG mengumumkan bahawa selepas satu mesyuarat diadakan sebelum aksi pembukaan menentang Lorient, lembaga pengarah PSG memutuskan agar Mbappe kembali semula ke pasukan seperti biasa.

Dia kini menjadi sebahagian daripada pemain penting Luis Enrique yang bergelut untuk mencari gol dalam aksi pembukaan mereka.

Nasser Al Khelaifi mengumumkan di hadapan pemain lain bahawa Mbappe sudah kembali. Dan cara dia umumkan Mbappe seperti Mbappe adalah pembelian terbaru kelab. Disambut dengan tepukan mesra dari guard of honor.

Dan dia boleh terlibat dalam aksi PSG yang serterusnya selepas ini sebagai kapten pasukan.

Nasser berkata di hadapan semua orang yang ada di situ: “Kylian komited dengan PSG! Kylian sudah kembali!”

Dan ianya disambut dengan baik rakan rakan sepasukannya.

Dalam pada itu, Nasser Al Khelaifi turut yakin bahawa hubungan Mbappe dan PSG kini kembali jernih.

Ianya selepas Mbappe berjumpa sendiri dengan Nasser Al Khelaifi dan menjelaskan sendiri keadaannya.

Sebelum ini Khelaifi pernah melabel Mbappe sebagai biadap kerana langsung tidak bercakap dengan beliau tentang situasi kontraknya dan kenapa dia tidak mahu melanjutkan kontrak.

Namun kini segalanya sudah dijernihkan antara Mbappe dan Al Khelaifi.

Apabila satu lagi siri rundingan dibuat antara mereka. Nasser Al Khelaifi yakin Mbappe akan melanjutkan kontrak baharu di PSG.

Dengan adanya perbincangan untuk memasukkan klausa keluar / exit clause pada 2024.

Bermakna pemain itu boleh meminta untuk dijual pada musim panas 2024 akan datang.

Dalam perkembangan lain, PSG sudah rasmi mendapatkan Ousmane Dembele. Pemain yang pernah dicadangkan Mbappe untuk mereka beli pada musim lalu.

Namun ketika itu Barcelona berkeras enggan menjual pemain tersebut.