Nasser Al Khelaifi Tuduh Mbappe Sokong Super League Jika Pergi Real Madrid

Nasser Al Khelaifi dilaporkan menggunakan beberapa ‘point’ untuk menghalang Mbappe ke Real Madrid ketika kedua dua mereka berbalah.

Khelaifi tidak berpuas hati dengan Mbappe yang tidak menyertai Real Madrid.

Antaranya, Khelaifi menuduh Mbappe adalah penyokong kepada Liga Super Eropah jika dia menyertai Real Madrid.

Real Madrid adalah antara 3 kelab yang masih kukuh berdiri di belakang penubuhan Liga Super Eropah selain Barca dan Juventus.

Dipetik daripada L’Equie Nasser Al Khelaifi yang bengang memberitahu Mbappe: “Tindakan kau ini akan ‘menghalalkan’ Liga Super Eropah”.

Khelaifi benar benar berharap Mbappe akan terus kekal di PSG. Kerana dia pemain penting dalam projek kelab itu. Ditambah pula dengan kuasa pemain itu yang dianggap ada kuasa pemilik diberikan kepadanya.

Khelaifi sebelum ini pernah mengkritik Real Madrid dengan meminta kelab itu menarik diri sahaja daripada bertanding di UCL jika benar benar menyokong ESL.

Bukan itu sahaja, beberapa tahun lalu, Nasser Al Khelaifi pernah menyindir Real Madrid yang meraikan kejayaan menjulang UCL sedangkan kelab itu mahu menubuhkan ESL.

Sikap Khelaifi itu dianggap kebudak budakkan. Kerana Mbappe jelas sekali tidak pernah kisah tentang ESL. Dia hanya seorang pemain bola sepak.

Pertengkaran dengan Mbappe itu membuatkan pemain itu tidak menyertakan nama Khelaifi dalam ucapan terima kasihnya kepada PSG.

Dia menyebut penghargaan kepada semua pengurus dan pengarah sukannya di PSG, serta peminat, dan staf. Mbappe turut berterima kasih kepada semua rakan sepasukannya.

Nasser Al Khelaifi dilaporkan bengang dan bergaduh dengan Mbappe kerana tidak menyertakan namanya atau pun pihak Emir Qatar dalam ucapannya.

Mbappe meninggalkan PSG secara percuma setelah kelab banyak membelanjakan wang untuk membeli pemain itu dan membayar gajinya.

Namun malangnya pelaburan itu gagal kerana KPI utama Khelaifi adalah UCL pada Era Mbappe dan Neymar.