Nasser Al Khelaifi tampil membalas kritikan Lionel Messi ke atas layanan kelab itu ketika dia kembali sebagai juara dunia. Di mana Lionel Messi tidak berpuas hati kerana tidak diraikan dengan lebih baik oleh PSG. Messi mengharapkan keraian di dalam stadium seperti mana pemain lain, namun itu tidak berlaku.
Sebelum ini Messi menganggap PSG sebagai kelab yang teruk dan penuh dengan tekanan. Sehinggakan dia sentiasa menunggu minggu antarabangsa untuk menenangkan keadaan.
Kini Messi tampil dengan keccaman lagi, dia tidak berpuas hati dengan cara PSG melayannya selepas dia pulang ke kelab itu sebagai Juara Dunia.
Messi mengetuai Argentina ketika menewaskan Perancis dalam aksi final di Qatar untuk memenangi gelaran dunia ketiga mereka.
Messi berjaya mendapatkan kejuaraan dunia itu pada percubaan kelima dalam kariernya. Namun Messi sangat kecewa dengan PSG yang tidak meraikan kejayaannya dengan lebih baik. Messi hanya diberi guard of honor oleh rakan sepasukannya di PSG semasa latihan. Namun langsung tiada keraian di Parc des Princes.
Laporan sebelum ini mendakwa Messi mahu mengarak trofi di stadium PSG, tetapi pengurusan tertinggi kelab berkata tidak membenarkannya kerana risau dengan sambutan daripada peminat PSG. Memandangkan kelab itu merupakan berasal dari Perancis, dan Kylian Mbappe juga merupakan pemain kegemaran peminat di PSG. Mbappe berada dalam final tersebut.
PSG mahu menjaga hati Mbappe yang sudah menjaringkan hatrik dalam final namun masih gagal memenanginya. Seterusnya, pengurus tertinggi PSG memberitahu Messi bahawa, tindakan itu mungkin akan membuatkan Messi diejek dan diaibkan peminat mereka sendiri. Hal ini kerana hubungan Messi dan peminat PSG harus diakui tidak cukup baik.
PSG memang cuba mengiktiraf kemenangan Messi di Piala Dunia dengan menghadiahkannya anugerah khas dalam latihan dan memberikannya rehat yang panjang selepas perlawanan akhir.
Argentina mengalahkan Perancis pada 18 Disember, tetapi penyerang itu tidak kembali untuk berlatih sehingga 4 Januari. Sebelum itu, dalam kontrak Messi, PSG juga setuju untuk membenarkan pemain itu mengutamakan Argentina. Bermaksud, Messi berhak meminta rehat jika perlawanan Argentina terlalu dekat dengan jadual PSG.
Namun Messi, yang menyertai Inter Miami pimpinan David Beckham pada musim panas lalu, tidak fikir PSG telah melakukan sesuatu yang memuaskan untuk menandakan pencapaiannya.
“Saya adalah satu-satunya pemain yang tidak menerima pengiktirafan daripada kelab berbanding 25 rakan sepasukan saya yang lain,” kata Messi.
Lionel Messi said he was the only Argentina World Cup winning player who didn't receive recognition from his club. pic.twitter.com/XuzuwpBCKH
— ESPN FC (@ESPNFC) September 21, 2023
Nasser Al Khelaifi tuduh Messi membohong
Nasser Al Khelaifi menjelaskan bahawa tuduhan Messi itu tidak berasas. Sambil menyatakan ada bukti video menunjukkan kelab dan pemain pemain PSG termasuk pemain Perancis turut meraikan Messi sebagai juara dunia di pusat latihan.
Al Khelaifi mengingatkan Messi bahawa PSG tidak boleh terlalu berlebihan dalam meraikan kejayaan pemain itu memandangkan kelab itu berpangkalan di Perancis dan ramai pemain Perancis dalam pasukan mereka. Ini mengambil kira sentimen penyokong PSG juga, merupakan penyokong tegar pasukan Les Bleus.
Nasser berkata: “Saya langsung tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Messi. Kami ada je meraikan dia ketika dia kembali dari Qatar. Dan kami turut meraikan dia secara tertutup.”
“Ianya sesuatu yang agak berisiko untuk meraikan Messi di dalam stadium yang penuh penyokong PSG. Kerana kami sebagai pengurusan tertinggi kelab [dari Qatar] harus menghormati negara ini [Perancis]. Argentina menang menentang Perancis dalam final. Kami harus mengambil kira perasaan rakan sepasukannya, pasukan kebangsaan Perancis dan penyokong kami yang rata rata berasal dari Paris.”