Nasser Khelaifi Bengang Mbappe Tak Sebut Namanya Atau Emir Qatar Dalam Video

Kylian Mbappe menerima salam perpisahan di Parc Des Princes untuk aksi terakhirnya bersama PSG pada minggu lalu. Namun perpisahan itu bercampur baur.

Ketika namanya diumumkan dalam kesebelasan utama, dia diejek oleh penyokong dengan bunyi boo.

Namun ada juga yang mengibarkan tifo Kylian Mbappe tanda terima kasih kepada jasa pemain itu.

Mbappe meninggalkan PSG selepas memutuskan tidak mahu menyambung kontrak dengan kelab yang menatangnya bagai minyak yang penuh itu.

Laporan Le Parisien pula menyebut, sebelum sesi pemanasan badan, sebelum sepak mula, Nasser Al Khelaifi telah bertengkar dengan Kylian Mbappe.

Presiden PSG itu mempersoalkan kenapa pemain itu tidak menyebut namanya dalam video selamat tinggal yang dimuat naik Mbappe di media sosial.

Sedangkan Mbappe menyebut nama nama seperti jurulatih, rakan sepasukan, pengarah sukan, staf pasukan dan penyokong untuk dia ucap terima kasih. Tetapi tidak ada ucapan terima kasih khas kepada Emir Qatar atau Nasser Khelaifi.

Khelaifi adalah individu penting yang memberikan Mbappe kontrak luar biasa pada 2022 ketika dia setuju melanjutkan kontrak baharu.

Kontrak itu selama 2 + 1 tahun. Dua tahun wajib dan 1 tahun pilihan khas.  Mbappe tak nak komited kepada pilihan setahun lagi untuk kekal.

Menyebabkan Nasser dan Mbappe pada awal musim ini tidak sehaluan. Mbappe malah menolak perpindahan ke kelab Arab Saudi yang menawarkan kontrak €200 juta semusim kepadanya dan sedia membayar PSG €150 juta untuk membeli Mbappe.

Mbappe beberapa tahun lalu dibeli dari Monaco dengan kos keseluruhan €200 juta termasuk bonus.

Pada tahun lalu Perez pernah menyindir PSG bahawa ada kelab yang tidak tahu macamana boleh menolak tawaran €200 juta yang mereka tawarkan untuk Mbappe. Laporan dari Perancis, Perez sebenarnya menyebut angka itu berlebihan. Namun itu tidak menolak hakikatnya memang Real Madrid cuba membeli Mbappe dengan nilai sekitar €150 juta namun PSG menolaknya.

Mbappe dibekukan daripada pasukan atas arahan Nasser Al Khelaifi kerana pemain itu harus memilih untuk lanjutkan kontrak atau menerima perpindahan mengikut kehendak PSG.

Mbappe berkeras terus kekal di PSG. Kemudian konflik diselesaikan. Dengan Khelaifi menyatakan mereka mencapai persetujuan dengan Mbappe bahawa pemain itu tidak akan pergi secara percuma. Dia masih yakin pemain itu akan mengaktifkan klausa lanjutan setahun untuk membolehkan mereka mendapat yuran perpindahan.

Malangnya itu tidak berlaku. Mbappe hanya setuju  tidak menerima bonus kesetiaan €80 juta daripada PSG. Namun dia tidak melanjutkan kontrak dan pergi secara percuma.

Pada hari terakhir Mbappe di PSG, Nasser benar benar kecewa dengan pemain itu. Selama ini dia tatang Mbappe. Sanggup pecat pengurus seperti Pochettino kerana taktikal tak ngam di hati Mbappe.

Memberikan Mbappe kuasa terlibat dalam jual beli pemain. Di mana Mbappe boleh memberikan pandangan sama ada setuju atau tak dengan sesuatu pembelian pemain. Ousmane Dembele antara pemain yang ditandatagani PSG setelah berbincang dengan Mbappe.

Mbappe juga menyebabkan Pengarah Sukan PSG, Leonardo dipecat. Kerana itu antara syarat Mbappe jika PSG mahu dia kekal pada masa itu. Mbappe tak suka dengan Leonardo dan meminta kelab melantik bekas pengarah sukan Monaco, Luis Campos.

Selain itu PSG pernah berusaha menyingkirkan Neymar kerana mahu menukar teras projek kepada Mbappe. Neymar masa tu tak nak pindah. Walaupun akhirnya menerima perpindahan ke Arab Saudi. Ketika PSG sudah mula berharap Neymar tak akan pergi. Setelah Mbappe tidak memberikan jaminan untuk kekal dan mereka gagal melanjutkan kontrak Lionel Messi yang pergi secara percuma ke MLS.

Menurut La Parisien, Nasser Al Khelaifi sangat agresif ke atas Mbappe. Perbalahan dia dengan Mbappe membuatkan skuad PSG lambat keluar untuk warming up.

Mbappe meninggalkan PSG sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu.

Laporan yang sama menyebut, PSG memang tidak merancang sebarang majlis perpisahan untuk Mbappe. Ianya lebih kepada tindakan yang dibuat pengurus sendiri yang memutuskan untuk mengeluarkan Mbappe sebelum tamat perlawanan untuk membolehkan dia menerima standing ovation.