Nasser Al Khelaifi sekali lagi menegaskan bahawa polisi kelab itu kepada Mbappe adalah sama. Mereka tak akan membiarkan pemain terbaik mereka itu pergi secara percuma selepas 2024 ini.
Dan pada masa yang sama berharap Mbappe melanjutkan kontrak sekurang kurangnya untuk setahu lagi – dengan mengaktifkan lanjutan setahun yang ada pada kontraknya.
Sebelum ini Mbappe menghantar notis peringatan kepada PSG menyatakan bahawa dia tak akan melanjutkan kontraknya selepas kontrak wajibnya tamat 2024.
Ianya membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang dan memberikan amaran bahawa pemain itu harus memilih sama ada melanjutkan kontrak atau dijual serta merta.
Polisi itu disokong 100% oleh Emir Qatar. Yang menegaskan bahawa Mbappe harus membuat pilihan.
PSG kemudian memberikan bayangan bahawa mereka akan menjual Mbappe ke Real Madrid. Kelab yang sebelum ini pernah menawarkan mereka kira kira €160 juta untuk membeli pemain itu.
Real Madrid juga mungkin boleh menunggu Mbappe secara percuma pada akhir musim ini. Dengan Florentino Perez dengan berseloroh menyatakan mereka akan sign Mbappe.
Video tular itu membuatkan Nasser Al Khelaifi benar benar marah. Namun dia tetap cuba memperbaiki hubungan dengan Perez. Yang dilihat watak penting dalam usaha mereka mendapatkan wang daripada penjualan Mbappe.
Semalam dalam sidang media pengenalan Luis Enrique sebagai pengurus baharu, Nasser Al Khelaifi menegaskan perkara yang sama.
Mbappe diberi tempoh 2 minggu untuk memilih.
Al Khelaifi berkata: “Kylian Mbappe harus membuat keputusan minggu depan atau dalam dua minggu ini. Tidak lebih daripada itu.”
“Jika dia tak nak sign kontrak baharu, pintu keluar untuknya adalah terbuka.”
“Tiada siapa lebih besar daripada kelab, bukan pemain, termasuk saya pun tak lebih besar daripada kelab ini. Ianya jelas bukan?”
🚨 Nasser Al Khelaifi: "Kylian Mbappé he has to decide next week or in two weeks. No more than this".
"If he does not want to sign a new contract, the door is OPEN".
"No one is bigger than the club, no player, not even me. It's very clear", told Le Parisien. pic.twitter.com/0TJbsai4Gq
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 5, 2023
Kemudian Nasser menambah, Mbappe setuju bahawa dia tak akan meninggalkan kelab itu secara percuma. Dan dia menagih janji pemain itu.
PSG president Al-Khelaifi: “Mbappé has said that he will not leave for free. If he changed his mind, it is NOT my fault”. ⚠️🇫🇷 #PSG pic.twitter.com/tDM2sjJCIf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 5, 2023
Mungkin Nasser Al Khelaifi lupa, bahawa Mbappe sebenarnya diberikan kuasa pemain lebih besar daripada kelab. Di mana pemain itu berhak menekan sendiri klausa lanjutan khas setahun tanpa memerlukan persetujuan kelab.
Seterusnya, Mbappe berhak mempersoalkan pembelian atau penjualan pemain, malah perlantikan pengurus dan pengarah sukan sekalipun jika dia merasakan mereka tidak menepati projek yang berteraskan Mbappe.
Ada satu klausa yang Mbappe boleh gunakan untuk menyusahkan PSG adalah, PSG perlu membayar Mbappe €150 juta jika mereka menjual pemain itu tanpa kerelaannya sebelum kontrak dia berakhir.
Mbappe mengawal situasi ini dari segenap segi. Jika dia dijual dia akan mendapat €150 juta pampasan. Kecuali PSG membantah di CAS atas sebab Mbappe memanipulasi perjanjian.
Seterusnya, jika Mbappe terus kekal semusim lagi, dia akan pergi sebagai ejen bebas. PSG tak dapat sesen pun daripada pemain yang mereka beli sekitar €180 juta dari Monaco beberapa tahun lalu.
Pada masa yang sama, Real Madrid sedia membayar Mbappe lebih €100 juta bayaran atas tandatangan kontrak dan bayaran khidmat ejen jika dia memilih Real Madrid ketika bergelar free agent.