Nasser Khelaifi Sahkan Mbappe Tolak Real Madrid Bukti Dia Bukan Mata Duitan

Nasser Al Khelaifi mengesahkan bahawa PSG menolak tawaran setinggi €180 juta daripada Real Madrid untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Menurut beliau, PSG menolak tawaran tersebut kerana Kylian Mbappe memang mahu kekal di PSG. Sambil dia mempertahankan Kylian Mbappe sebagai bukan mata duitan.

Mbappe mahu terus kekal di PSG bukan kerana duit seperti mana yang digembar gemburkan sesetengah pihak.

Javier Tebas, Presiden La Liga antara yang lantang mengkritik kontrak Mbappe di PSG. Dia menuduh PSG telah menawarkan pakej tak masuk akal sehingga melanggar syarat FFP dalam usaha mereka membuatkan Mbappe menolak Real Madrid.

Mbappe sebelum ini dikatakan sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Real Madrid.

Tetapi pada saat akhir PSG menawarkan kontrak yang dianggap tak mungkin dapat ditolak Mbappe.

Mbappe turut diberikan kuasa ala pemilik di PSG. Dia akan terlibat dalam perbincangan melibatkan projek sukan kelab.

Ini bermakna, Mbappe berhak terlibat dalam perbincangan melibatkan kedudukan pengurus, jual beli pemain dan lain lain.

Kuasa itu diberikan kepada Mbappe, kerana menurut PSG, Mbappe berhak bersuara kerana dia adalah teras kepada projek baharu di PSG.

Mbappe antara individu yang telah menjadi penentu kepada masa depan Leonardo selaku Pengarah Sukan.

Mbappe dan Leonardo dan sehaluan. Dan PSG memutuskan untuk memecat Lenardo dan menggantikannya dengan orang yang disukai Mbappe iaitu Luis Campos.

Campos adalah ketua scouting yang menemui bakat Mbappe ketika di AS Monaco.

Beberapa bulan lalu, Florentino Perez menyatakan bahawa PSG menolak tawaran hampir €200 juta daripada Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe.

Perez menegaskan bahawa kuasa kelab negeri seperti PSG yang ditaja dengan dana negara berdaulat, mereka memiliki kuasa kewangan luar biasa.

Real Madrid dikatakan menghantar 2 bidaan rasmi pada saat akhir pada masa itu.

Nasser mengesahkan bahawa dia menolak tawaran tersebut. Ini kerana dia melihat Mbappe mahu terus kekal di Paris.

Nasser berkata: “Saya tolak tawaran bernilain €180 juta dari Real Madrid kerana saya tahu yang Mbappe mahu terus kekal di PSG.”

“Saya tahu apa yang dia dan keluarga dia mahu, di mana mereka langsung tak memikirkan soal wang. Dia memilih untuk mewakili kelab, di bandarnya, di negaranya dan untuk projek sukan di sini.”

Selain itu, Khelaifi turut menuduh Real Madrid telah menawarkan pakej gaji yang lebih besar daripada PSG, namun Mbappe yang bukan mata duitan telah memilih PSG.

Tebas baru baru ini mengesahkan bahawa La Liga membuat bantahan rasmi dan meminta kerajaan Perancis membatalkan kontrak Mbappe, serta Lionel Messi.

La Liga failkan saman

La Liga memfailkan saman di mahkamah Perancis melalui peguam Juan Branco untuk menghalang kontrak baharu Kylian Mbappe dengan Paris Saint-Germain daripada disahkan.

Sebelum ini presiden La Liga, Javier Tebas sudah mengesahkan bahawa mereka telah mebuat aduan ke UEFA tentang PSG dan Man City yang melanggar prinsip Financial Fair Play (FFP).

Ini selepas kedua dua kelab menandatangani Kylian Mbappe [menerusi lanjutan kontrak] dan Erling Haaland.

Terbaru, Marca melaporkan bahawa, badan induk bola sepak Sepanyol menganggap perjanjian baharu itu sebagai ‘tidak sah’ kerana ia melanggar peraturan permainan adil kewangan UEFA.

Sekiranya mahkamah Perancis tidak memutuskan untuk memihak kepada LaLiga, tindakan tegas akan diminta daripada Suruhanjaya Eropah. La Liga malah tidak menolak untuk memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah.

“Kami sedang mencari keputusan baharu seperti [undang-undang] Bosman, yang meliberalisasikan pasaran [pada 1995],” kata Branco pada sidang akhbar di sebuah hotel Paris pada hari Jumaat.

“Sekarang apa yang kita mahu ialah pasaran dikawal dan peraturan [kewangan] Liga [Sepanyol], yang sangat ketat, diperluaskan ke seluruh Eropah.”

Peguam berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa mereka akan meminta menteri sukan Perancis Amelie Oudea-Castera untuk membatalkan pengesahan semua kontrak pemain PSG yang ditandatangani selepas 25 Jun 2021, tarikh pemeriksaan terakhir yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis.

Ini termasuk kedua-dua kontrak baharu Mbappe, bernilai 500 juta euro dalam tempoh tiga tahun mengikut angka peguam, dan kontrak Lionel Messi, ketika menandatangani kontrak untuk PSG pada Ogos 2021.

Perjanjian kontrak Messi juga menjadi subjek kepada prosiding undang-undang yang diketuai oleh Branco berikutan permintaan sekumpulan ahli kelab Barcelona.

Branco mengumumkan bahawa dia juga sedang menyediakan rayuan di peringkat pentadbiran untuk Ligue 1 untuk menjalankan audit ke atas akaun PSG melalui Direktorat Kawalan dan Pengurusan Kebangsaan (DNCG), sebuah badan yang menyelia ‘kesihatan’ kewangan entiti sukan di Perancis.

“Hari ini, Mbappe tidak boleh bermain untuk PSG,” kata peguam itu.

Peguam itu membuat tuduhan berat apabila dia menuduh presiden Perancis campur tangan dalam menghasut Mbappe menolak Real Madrid pada saat akhir dan kekal di PSG.

“Kami tahu ia akan menjadi sukar [untuk menang di mahkamah Perancis], memandangkan Presiden Emmanuel Macron telah memintanya untuk kekal.”

Branco berkata beliau yakin inisiatif mereka akhirnya akan berjaya di mahkamah Eropah, memandangkan kelab seperti PSG, yang dimiliki dan ditaja dengan dana kekayaan negara Qatar sejak 11 tahun lalu, melanggar peraturan persaingan bebas yang mengawal monopoli di EU.

Oleh itu, dia akan meminta Suruhanjaya Eropah (EC) membuat keputusan mengenai perkara itu, juga mengambil kira bahawa PSG tidak mematuhi peraturan tentang keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan, yang ditubuhkan oleh Ligue 1,  dan bergantung kepada moratorium berturut-turut yang diberikan kepada kelab itu. .

“Dijangka musim ini mereka perlu memperoleh 180 juta euro dalam jualan pemain [untuk] mempunyai baki kewangan yang sihat, dan mereka setakat ini hanya menjual seorang pemain dengan harga tujuh juta euro, dan selain itu mereka telah memperbaharui kontrak Mbappe,” katanya lagi.

Peguam itu melaporkan “konflik kepentingan” antara liga Perancis dan Qatar, menuduh pihak berkuasa Perancis memihak kepada PSG dengan menangguhkan peraturan permainan adil kewangan / FFP. Pada pendapatnya, dia merasakan bahawa liga Perancis bergantung kepada wang Qatar.

Sementara itu, dia juga menuduh “kelab negeri atau kelab [milik] oligarki” seperti PSG atau Manchester City melemahkan bola sepak Eropah dengan memaksa kelab seperti Real Madrid atau Barcelona, ​​​​yang menghormati peraturan, meningkatkan pendapatan daripada tiket stadium atau jualan baju untuk bersaing di peringkat yang sama.

Peguam yang mewakili liga Sepanyol membuat satu lagi tuduhan yang lebih kompleks dan tidak langsung. Beliau berhujah bahawa pelaburan besar Qatar dalam PSG memaksa emirat itu menaikkan harga gas yang dijualnya ke Eropah.

“Wang Qatar bukanlah seperti yang anda sangkakan,” dakwanya. “Apa yang dibelanjakan untuk Mbappe dibayar oleh kita semua, sebagai pengguna elektrik.”

Baca yang lain