Neelofa & PU Riz Masih Cari Titik Penyelesaian, Nafi Terkena Minyak Pengasih

Seperti yang dijanjikan Neelofa akhirnya tampil memberikan penjelasan atas beberapa spekulasi tentang hubungannya bersama dengan PU Riz.

Berikut adalah kenyataan rasmi Neelofa.

Kenyataan Rasmi Noor Neelofa Mohd Noor
Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam.

Pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.

Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibuaikan di media sosial.

Saya berharap semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut:

• Kononnya terkena buatan minyak pengasih.

Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya.

la merupakan satu tuduhan yang sangat berat. Alhamdulillah. Seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik.

Dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

• Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris

Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

• Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

Sementara itu mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris.

Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin mohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku.

Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada data keadaan sebegini. Lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan.

Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya.

Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.

Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.

Tamat.

Noor Neelofa Mohd Noor

Semoga penjelasan itu dapat menjawab segala persoalan anda semua.

Sama sama kita harap yang terbaik untuk semua pihak.