Negara Haram Akan Terus Beraksi Di Paris 2024 Kerana FIFA Memutuskan Menangguhkan Keputusan Untuk Menggantung Mereka

Pasukan bola sepak negara haram yang suka menceroboh telah dibenarkan untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 setelah FIFA memutuskan untuk menangguhkan dahulu sebarang perbincangan berkaitan dengan penggantungan mereka.

Sebelum ini FIFA mengesahkan bahawa mereka dalam proses pertimbangan untuk menggantung negara haram itu daripada bermain dalam bola sepak, sama seperti tindakan mereka ke atas Rusia yang sebelum ini menceroboh dan menyerang Ukraine.

Status negara haram Is—–el telah menjadi topik panas menjelang aksi sepak mula sukan Olimpik di Paris. FIFA sebelum ini akui mereka banyak menerima kritikan kerana terus membenarkan negara haram tersebut terus terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Dan FIFA menegaskan bahawa mereka hanya akan bertindak jika ada aduan rasmi.

Tidak lama selepas itu FA Palestin menghantar aduan meminta FIFA menggantung negara haram tersebut daripada bertanding di dalam bola sepak di Sukan Olimpik dan mana mana kejohanan antarabangsa.

FIFA kemudian memberikan respon pada semalam:

“Berikutan permintaan lanjutan daripada kedua-dua pihak untuk menyerahkan kedudukan masing-masing, yang sebelum ini diberikan oleh FIFA, lebih banyak masa diperlukan untuk menyelesaikan proses ini dengan teliti dan lengkap.

“Penilaian itu akan dikongsi dengan Majlis FIFA untuk sebarang keputusan seterusnya diambil selewat-lewatnya Ogos. 31, 2024.”

Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengemukakan cadangan pada Mei untuk menggantung Isr-el daripada semua perlawanan bola sepak antarabangsa kerana tindakan ketenteraannya di Semenanjung Gaza banyak mengorbankan orang awam sejak ia dilancarkan pada 7 Oktober lalu.

Sukan Olimpik Paris akan diadakan dari 26 Julai – 11 Ogos, dan perlawanan peringkat kumpulan untuk kejohanan bola sepak lelaki bermula pada 24 Julai. Negara haram tersebut akan menentang Mali, Paraguay dan Jepun dalam fasa kumpulan. Perlawanan akhir bola sepak Olimpik lelaki dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos.

PFA berkata ia menerima surat daripada FIFA pada Khamis mengenai penangguhan itu. PFA berkata mereka mahukan penjelasan daripada FIFA berhubung prosesnya untuk penilaian undang-undang.

“Surat FIFA tidak menunjukkan mekanisme di mana pendapat undang-undang bebas akan diuruskan oleh Majlis apabila ia dibentangkan kepadanya,” kata PFA dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Sekumpulan peguam yang pakar dalam undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia juga menggesa FIFA untuk mengharamkan I5ra3l minggu ini, dengan mendakwa bahawa mereka secara terang terangan telah melanggar beberapa statut FIFA yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan objektif kemanusiaan,