Negaranya Diharamkan IOC, Lalu Anastasia Bliznyuk Melatih China Sampai Jadi Juara Olimpik Tewaskan Negara Haram

Anastasia Bliznyuk antara atlet dari Rusia yang terkesan dengan penggantungan oleh IOC ke atas negara tersebut dari Sukan Olimpik. Ianya selepas negara tersebut dituduh terlibat dalam skandal barang terlarang secara sistematik oleh WADA.

Anastasia Bliznyuk merupakan gadis Rusia kelahiran Ukraine. Ibunya berbangsa Rusia dan ayahnya bekas pemain bola sepak kebangsaan Ukraine.

Agensi doping Rusia (RUSADA) dan kerajaan Rusia dituduh bersekongkol dalam perkara tersebut. Dengan IOC menuduh sejak 2011 sehingga 2015, seramai lebih 1,000 atlet Rusia dituduh menggunakan barang terlarang hasil komplot oleh RUSADA dan kerajaan Rusia.

Jadi pada Rio 2016, atlet Rusia dibenarkan bertanding atas nama atlet bebas, atau tiada negara dan tidak dibenarkan untuk bertanding atau mengibarkan bendera Rusia.

Sebelum Olimpik Rio, IOC telah membuat ujian makmal secara besar besaran dan atlet atlet Rusia yang lulus telah dibenarkan bertanding.

Menariknya, ketika di Rio 2016, bertanding atas tiket bebas, atlet Rusia telah berjaya memenangi 56 pingat termasuk 19 emas.

Kemudian pada edisi Tokyo 2020, siasatan lengkap sudah pun dibuat sebelum itu, dan IOC melarang kesemua atlet Rusia bertanding atas tiket bebas atau negara Rusia.

Tetapi mereka boleh bertanding menggunakan panji Kesatuan Olimpik Rusia atau ROC.

Anastasia ketika itu masih bertanding dan memenangi perak dalam acara berpasukan. Kemudian bertanding dalam acara kejohanan dunia 2021 dalam acara Gimnastik Berirama.

Kemudian keadaan menjadi lebih buruk pada 2024, Rusia sekali lagi dilarang bertanding dalam olimpik. Dan atlet mereka hanya boleh bertanding sebagai perserta tidak ada negara atau bebas.

Ini kerana IOC mengecam tindakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Bukan sahaja di lapangan olimpik di arena sukan lain termasuk bola sepak, Rusia juga digantung kerana perkara ini.

FIFA dan UEFA sebelum ini melarang Rusia bertanding dalam Euro dan Piala Dunia. Kemudian dilarang beraksi dalam kalendar FIFA. Larangan ini turut dikuatkuasakan ke atas kelab kelab di Rusia. Mereka tidak boleh bertanding atas arahan UEFA.

Rusia malah dilarang terlibat dalam perlawanan di bawah kalendar FIFA. Walaupun tahun ini ianya semakin dilonggarkan.

Oleh kerana kesukaran yang dihadapi dan ketidaktentuan dalam beberapa tahun ini, Anastasia Bliznyuk terpaksa melupakan kariernya sebagai atlet dan memohon untuk menjadi jurulatih gimnastik di China.

Alasannya mudah, dia mahukan pendapatan yang tetap dan keselamatan dalam pekerjaan. Dan itu tidak dapat dijamin jika dia terus menjadi atlet gimnastik. Dia sudah tak boleh menukar negara diwakilinya.

Sebagai atlet, Bliznyuk bukan calang calang. Dia merupakan 2 kali juara Olimpik dalam acara gimnastik berirama berpasukan di dalam kariernya. Dia memiliki 3 pingat olimpik keseluruhannya di dalam kariernya. Dia dianggap sebagai salah seorang atlet paling berbakat dalam sukan itu.

Dia lulus temuduga di China dan memulakan tugasannya di sana pada 2022, ketika itu dia berusia 28 tahun. Sukan Olimpik di Paris 2024 sepatutnya menjadi sukan Olimpik terakhirnya, kerana bakat di Rusia sangat luar biasa. Jika dia mampu mengekalkan stamina dan fizikalnya, dia boleh beraksi di LA2028 sekalipun.

Segalanya musnah apabila IOC melarang Rusia menyertai Sukan Olimpik 2024. Berbanding dengan di Tokyo ada kelonggaran diberikan untuk mewakili persatuan sukan. Kerana IOC menilai persiapan yang sudah dibuat atlet masa itu.

Sentuhan ajaib Anastasia Bliznyuk akhirnya membuahkan hasil apabila dia membantu China memenangi emas olimpik pertama dalam acara berpasukan wanita.

China menjadi negara bukan eropah pertama yang memenangi acara berpasukan wanita itu, mengalahkan Is-ra-el dan Itali dalam acara final. Pencapaian terbaik China dalam acara itu sebelum ini di Beijing 2008, dengan merangkul perak.

Jurulatih negara haram tersebut sendiri tak percaya pasukannya boleh dikalahkan kuasa baru dari China. Kerana sebelum ini tiada negara asia yang mampu melakukannya.

Sejak 1996, Rusia menguasai acara berpasukan wanita tersebut. Anastasia antara 15 atlet gimnastik Rusia yang dilaporkan terlibat dalam Sukan Olimpik di Paris 2024 sebagai jurulatih.

Dia memandang bangga ke arah anak didiknya, ketika mereka meraikan emas. Dia menulis: “Juara Olimpik! Dalam sukan gimnastik berirama, tiada sempadan untuk seni dalam sukan ini. Dalam disiplin ini, kamu harus diinspirasikan oleh kekayaan semua budaya, dan kami mahu menunjukkannya dengan gaya China. Di sini, kami ada persatuan seni untuk sukan, dan saya sangat gembira selepas berusaha keras dalam beberapa tahun ini, akhirnya ianya membuahkan hasil.