Negeri Sembilan Musim Hadapan Bakal Keras Dan Tahan Lama

Berikutan isu penarikan diri Rhino dari menjadi penaja utama pasukan Negeri sembilan baru-baru ini, pasukan Negeri sembilan kini di kaitkan dengan syarikat pengeluar produk kesihatan gambir emas trading.

Ianya perkembangan yang gembira buat peminat bola sepak Negeri Sembilan yang bakal melihat penaja baharu masuk ke dalam pasukan mereka.

Sedikit pengenalan untuk syarikat yang mungkin bakal menjadi penaja kepada pasukan Negeri Sembilan ni.

Bermula sebagai OAR Resources pada 22hb May, 2013 dan menubuhkan Gambir Emas Trading pada 25hb August 2015.

OAR Teguh Sdn Bhd di perbadankan pada 10hb May 2016 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.

OAR menjalankan aktiviti pengilangan, perniagaan trading dan perniagaan komersial dalam barangan kesihatan, barangan kecantikan dan barangan kosmetik.

Jika sebelom ini Negeri sembilan bersama Rhino yang mempunyai kontrak selama 2 tahun untuk menaja pasukan negeri sembilan dengan nilai tajaan dua juta ringgit malaysia.

Namun Rhino telah menarik diri selepas setahun menjadi penaja.

Pelbagai isu timbul antara Pbns dan Rhino tidak kira siapa salah dan siapa betul sekiranya benar Gambir emas akan jadi penaja untuk pasukan musim hadapan semoga semuanya dipermudahkan buat Pbns dan Gambir Emas Trading.

PBNS setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu penajaan ini. Begitu juga soal kemasukkan pemain baru bagi pasukan musim hadapan.

Pihak PBNS juga belum mengeluarkan sebarang maklumat tentang pemain yang bakal mereka ikat bahkan pasukan masih belum menandatangani jurulatih bagi menghadapi musim baru ini nanti.

Namun beberapa nama sudah pasti akan meninggalkan pasukan pada musim hadapan antaranya.

Danish haziq, Aaron kumar, Osman Yusoff dan Ferris Danial. Setakat ini hanya senarai ini sahaja yang sudah dikaitkan dengan pasukan lain dan akan meninggalkan Negeri Sembilan.

Adakah kita akan lihat Keras dan Tahan lama di jersi pasukan musim hadapan? Sama-sama kita nantikan dan kita ucapkan selamat maju jaya buat pasukan Negeri Sembilan.

Baca yang lain