Pengurus Liverpool B-23 tahun, Neil Critchley memberikan tabik hormat beliau kepada pemain tengah James Milner.
Ini kerana, pemain veteran dan juga timbalan kapten tersebut membantu memberikan motivasi dan inspirasi kepada para pemain muda yang telah banyak membantu dalam kemenangan ketika mereka menewaskan Shrewsbury dalam pusingan keempat Piala FA mereka di Anfield.
Full house tonight at Anfield – show them what you can do, lads 💪🏻🔴 #FACup #YNWA pic.twitter.com/4sXRBpU9e9
— James Milner (@JamesMilner) February 4, 2020
Pasukan Liverpool bermain dengan pemain pada purata 19 tahun dan 102 hari di Anfield pada aksi malam Selasa.
Dan skuad muda ini menang ke atas Shrewsbury, selepas gol sendiri dari Ro-Shaun Williams.
The Reds mendominasi untuk sebahagian besar perlawanan. Namun Shrewsbury mendapat peluang keemasan apabila mereka berjaya menjaringkan gol pembukaan.
Malangnya gol itu dibatalkan oleh VAR kerana offside.
Bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar selepas perlawanan itu, Critchley mendedahkan kegembiraannya pada prestasi pemain.
Beliau kemudian mendedahkan mesej gembira yang diterimanya daripada Jurgen Klopp, yang bersama-sama dengan pemain seniornya yang memberikan sokongan dari jauh kerana berehat untuk musim sejuk.
Critchley berkata: “Daripada wisel pertama, kematangan anak anak bangsa kita ini menunjukkan permainan mereka itu sangat luar biasa ”
“Mereka membuatkan saya tenang di luar padang. Kami adalah pasukan yang selayaknya menjadi pemenang untuk aksi malam ni.”
“Bos [Klopp] ada call saya petang ini dengan memberikan kata-kata semangat dan dia menghantar mesej selepas tamat perlawanan, menyatakan dia kegembiraan.”
“Jurgen adalah pengurus pasukan, kelab bola sepak ini. Bos adalah bos. Para pemain telah membuatkan kelab kami bangga malam ini.”
“Sokongan yang kami terima malam adalah luar biasa. Stadium penuh malam ni, ianya tidak masuk akal dan para penyokong kekal di dalam stadium sehingga akhir perlawanan. ”
Seterusnya, Critchley juga memberikan pujian tak terhingga kepada pemain tengah veteran, James Milner, yang menangguhkan percutian dengan keluarga untuk membantu beliau dalam mempersiapkan pada pemain bagi menghadapi perlawanan ini.
Selain itu Milner turut memberikan nasihat berguna kepada anak-anak muda yang ceria, cerdas, sihat ini.
Critchley beekata: “Dia [Milner] berlatih bersama kami semalam dan dia bertanya kepada saya, sama ada dia boleh datang.”
James Milner on his mid-season break and still supporting @LFC's youngsters is exactly why he's so admired 🔴#FACup pic.twitter.com/STaNnOA8hD
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) February 4, 2020
“Saya cakap, saya fikir jawapannya adalah ‘Ya, sudah tentu anda boleh.’ Saya sangat menghargainya, mendengar dia bertanya begitu.”
“Dia kemudian berkata ‘Bolehkah saya masuk ke dalam bilik persalinan?’. Apa pendapat kamu? ‘Sudah tentu’.”
“Dia memberikan kata-kata semangat badan nasihat. Dia terus menyokong kami dari belakang. Dia bersuara di bilik persalinan. Dia sangat sibuk membantu. Dia bersuara di belakang saya, saya dapat mendengarnya.”
“Dia benar-benar gembira dengan cara anak anak muda kita bermain dan saya tahu nak berterima kasih macamana kepadanya.”
Milner what a legend ultimate professional pic.twitter.com/tjuBhFSaoK
— Sean Rogers (@Sean_Rogers) February 4, 2020
Milner kini masih dalam proses pemilihan. Dan dalam aksi EPL yang lalu, beliau juga berasa di Anfield menunggu pada pemain lain untuk memberikan sokongan.
What a bunch of fellas. Half of them not even old enough to have a drink and celebrate. And half of the first team were watching on through a dodgy stream. James Milner in the stands showing his support too.
No disrespect here. Only quality.
— The Redmen TV (@TheRedmenTV) February 4, 2020
Profesional sejati!