Nelayan Ini Jumpa Muntah Paus Bernilai RM5.7 Juta

Rezeki kekadang memang boleh datang bergolek. Seorang nelayan di Thailand telah menerima durian runtuh apabila terjumpa muntah ikan paus di persisiran pantai.

Narong Phetcharaj biasanya mendapat pendapatan sekitar RM1,200 sebulan daripada penjualan ikannya, kata beliau.

Namun pada hari itu pendapatannya berlipat lipat kali ganda. Dia melihat ada objek pelik di pantai Niyom di Surat Thani.

Dia memang selalu berjalan jalan di sekitar pantai apabila tidak turun ke laut. Sambil sambil membersihkan kawasan di sekitar pantai.

Hari itu, nasib dia berubah sama sekali apabila terjumpa objek yang sebenarnya ambergris.

Dia sebenarnya tidak begitu arif tentang objek itu, namun hanya berharap bahawa benda itu adalah muntah ikan paus yang selalu dia dengar daripada kawan kawannya.

Di mana ada rakannya yang kaki media sosial selalu berkongsi cerita bahawa, kalau terjumpa muntah paus mereka boleh goyang kaki sampai mati sekalipun.

Lalu dia mengambil objek itu dan melihatnya. Dia kemudian mendapati bahawa itu itu adalah benar benar muntah ikan paus berdasarkan apa yang dia lihat di internet.

Namun dia masih belum terlalu yakin dan memutuskan untuk membawa objek itu kepada pakar untuk mengesahkan objek itu.

Dia membawanya ke Universiti di Songkla. Dan profesor di sana mengesahkan itu benar benar muntah paus yang dicari cari cari oleh sesiapa sahaja.

Dia kemudian mendapat sijil pengesahan daripada universiti tersebut.

Muntah paus itu seberat 30kg dengan harga pasaran sebelum ini pernah dijual sekurang kurangnya RM200,000 sekilogram.

Daily Mail di UK melaporkan bahawa, nelayan itu akan mendapat sekitar RM5.7 juta kerana dijangka harga akan meningkat.

Muntah paus itu menjadi buruan syarikat minyak wangi kerana sperma paus yang ada padanya menjadi bahan penting untuk menghasilkan mintak wangi dan bahan kosmetik yang berkualiti tinggi.

Ianya adalah objek seperti batu yang dikenali sebagai ambergris. Ambergris mengandungi bahan langka yang sangat berharga sejak ribuan tahun, penggunaannya dapat menjadi bahan dalam minyak wangi dan ubat-ubatan serta kosmetik.

Baca yang lain