Nenek ‘Gamer’ Ini Boleh ‘Headshot’ Korang Dekat Call Of Duty

Gamers yang memiliki saluran atas talian seperti YouTube biasanya kita lihat generasi muda pada hari ini. Ramai gamers yang terkemuka menjadi online streamer / gaming creator sepenuh masa.

Di mana pendapatan mereka ada yang mencecah enam angka pun ada.

Namun jangan terkejut kerana di Jepun ada seorang nenek yang merupakan streamer yang sudah memiliki sekitar 185,000 pengikut di saluran YouTube beliau.

Beliau selalu bangun pagi dan selepas mengemas rumah, dia akan membuka PC dan bermain game.

Dan beliau bermain beberapa siri permainan video yang popular pada hari ini. Ini termasuk Call Of Duty serta Grand Theft Auto.

Nama nenek gamers tersebut ialah Hamako. Saluran beliau mulai ke udara pada 2014. Channel YouTube Hamako bernama Grandma Gamer telah dikongsikan beberapa netizen dan viral di Jepun.

Hamako agak terkejut dengan peningkatan mendadak jumlah pengikutnya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Hamako sudah bermain video game selama 38 tahun. Hampir 4 dekad pengalaman di dalam bidangnya. Namun agak lambat naik sebab korang nak yang berdenyut je kan.

Malah Hamako dalam ucapan penghargaan kepada pengikut baharunya turut berkata: “Maaflah kalau lambat reply korang. Maklumlah nak tekan keyboard ni pun dah tak larat dah ni.”

Berbalik kepada cerita beliau ketika bermula bermain video game. Ianya adalah pada 1981, dimana ketika itu dia memiliki konsol Cassette Vision.

Kemudian Hamako membeli Nintendo Entertainment System (NES) console ataupun Famicon. Antara permainan legenda yang beliau pernah lenjan kaw kaw adalah F1 Race, The Legend of Zelda, dan Dragon Quest.

Pada lewat 80-an mula beralih pada permainan versi komputer peribadi (PC). Hamako banyak menghabiskan masa bermain permainan Evil Holy Sword Necromancer serta Kato Chan and Ken Chan (J. J. and Jeff in the West).

Masuk ke era 90-an Hamako mulai memiliki PlayStation beliau permata. Namun dia tetap memilih permainan PC sebagai pilihan utama.  Ini kerana dia sudah terbiasa dengan PC yang turut menawarkan banyak pilihan game sama seperti PlayStation.

Hamako kemudiannya mulai memuat naik video bila bermain permainan video The Elder Scrolls V: Skyrim ketika mula dilancarkan. Hamako mulai menikmati bermain bersama-sama juga pemain yang lain.

Hamako juga mengakui dia bukan seperti Gamer lain yang hanya memilih nak menghabiskan misi. Sebaliknya dia menghayati dan ada membuat catatan nota di bukunya.

Hamako sangat menikmati jalan cerita dan perkembangan karakter yang ada di sediap permainan video yang beliau mainkan.

Ini baru otai sejati!