Netflix Sahkan Jumlah Totonan Minggu Pertama The Irishman Adalah Lebih 26.4 Juta

Bagi penggemar ataupun pelanggan Netflix, filem The Irishman pastinya antara naskah yang korang sudah layan.

Banyak sekali maklum balas positif daripada para penonton untuk filem tersebut.

Filem arahan Martin Scorsese itu adalah berdasarkan kisah jenayah epik yang berprofil tinggi.

The Irishman tarik 26 juta

Netflix akhirnya mengeluarkan jumlah tontonan The Irishman untuk minggu pertama tayangannya menerusi platform digital tersebut.

Menurut Netflix, The Irishman cemerlang dengan catatan 26,404,081 ataupun lebih 26.4 juta akaun menonton filem tersebut. Menjadikannya berada pada paras tontonan yang diterima untuk Bird Box pada tahun lalu – untuk tontonan minggu pertama.

Menurut Ted Sarandos, ketua konten Netflix, jumlah 26.4 juta akaun tersebut telah menonton lebih daripada 70% filem itu yang berdurasi 3 jam setengah.

Ini bermakna seramai 70% pemilik akau menontonnya sekurang-kurangnya untuk 2 jam 24 minit.

Nielsen sebelum ini mengeluarkan angka tontonan The Irishman untuk lima hari pertama filem itu telah meraih 13.2 tontonan.

Sarandos kemudian menjangkakan The Irishman akan menarik sehingga 40 juta tontonan pada bulan pertama tayangannya ataupun hampir separuh daripada 80 juta yang diraih Bird Box pada tahun lalu, walaupun kedua-duanya memiliki kecemerlangan yang sama pada minggu pertama.

Sarandon mengakui, Bird Box sangat kuat publisiti kerana terdapat banyak meme yang disebarkan oleh pengguna media sosial yang membuatkan semakin ramai tertarik dengan folem itu.

Sehinggakan Bird Box seperti satu popular culture di dunia. Malah ada wujudnya Bird Box challenge.

Sarandon berbangga dan mengiktiraf The Irishman sebagai naskah asli Netflix paling berprestij tahun ini.

Dengan angka yang dikeluarkan oleh Netflix itu, secara tak langsung ia menunjukkan mereka sudah mengaut $160 juta daripada drama itu setakat ini.

Baca yang lain