Netflix Tamatkan Messiah Hanya Selepas 1 Musim

Netflix dilaporkan tidak berminat untuk menyambung kontrak produksi Messiah selepas hanya satu musim.

Messiah merupakan drama bersiri Netflix yang paling kontroversi dirilis pada akhir tahun 2019.

Bintang Messiah iaitu Wil Traval mengesahkan perkara itu menerusi Instagaram miliknya dengan berkata:

“Hari yang duka hari ini, saya baru menerima pekhabaran daripada Netflix bahawa tiada musim kedua untuk #messiah.”

“Di sini saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada sokongan dan sayang anda semua. Saya sebenarnya mengharapkan perkara sebaliknya.”

Netflix tidak mahu menyambung Messiah bukan kerana jalan ceritanya yang kontroversi.

Tetapi mereka tak dapat menuruti tuntutan daripada produksi yan g mahu menjalankan penggambaran di beberapa buah negara.

Ketika ini dunia sedang dilanda wabak koronavirus. Amat mustahil untuk mereka melakukannya.

Namun ada juga yang menyatakan itu cuma alasa Netflix.

Alasan utama mereka tak menyambung musim kedua kerana ramai memboikot dan menamatkan langganan Netflix.

Negara seperti Jordan antara yang mengharamkan siri ini daripada ditayangkan di negara mereka.

Baca yang lain