Netizen China Kecam Atlet Korea Yang Cepat Koyak

Penyokong China benar benar marah dengan atlee Korea Selatan yang dianggap sekali lagi menunjukkan mereka tiada semangat kesukanan. Kejadian itu berlaku dalam acara final teakwando berpasukan campuran.

Kejadian itu sebenarnya berlaku beberapa hari lalu, namun netizen di China mulai menyebarkan kemarahan mereka tentang perangai atlet Korea Selatan.

Atlet itu dilihat berterusan memprovokasi atlet China dan kelihata memberikan isyarat mencabar atlet China datang bertumbuk dengannya.

Pengadil pertandingan cuba menenangkan keadaan agar tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.

Ada yang mempersoalkan, kenapa atlet Korea itu benar benar koyak? Dan mereka juga berkongsi kisah seorang lagi atlet Korea Selatan yang tidak puas hati kalah di tangan pemain Thailand dalam cara tenis.

Kwoon Soon Woo enggan berjabat tangan dengan Samrej Kasidit serta menghempaskan raketnya. Dan beberapa jam kemudian dia meminta maaf menerusi media sosial menyesali perbuatannya.

Kwon berkata: “Saya mengambil tindakan yang sangat cuai, dan itu tidak menggambarkan seorang atlet kebangsaan negara saya. Saya ikhlas meminta maaf kepada semua orang yang menyokong pasikan ini dan penyokong dalam stadium. Saya menyesal serta kesal dengan reaksi saya yang anda semua lihat selepas tamat perlawanan.”

Seorang peminat China menyindir kem Korea Selatan: “Mereka ni memang macam ni, baling raket, tak nak jabat tangan, gigit orang, tampar lawan mereka.”

Sehari sebelum kejadian di gelanggang tenis itu, seorang lagi atlet Korea Selatan Lee Hye-kyeong disingkirkan dari acara judo selepas menampar lawannya dalam acara 48kg. Di mana dia melakukan tindakan tidak ada semangat kesukanan ke atas Abiba Abuzhakynova dari Kazakhstan.