Netizen China Serang IG Park Shin Hye Kerana Letak Kapsyen Hanbok Pakaian Tradisional Korea

Niat Park Shin Hye untuk berkongsi baju tradisional Korea Selatan – Hanbok – di Instragramnya telah bertukar menjadi kontroversi di mata peminatnya dari China.

Hanya kerana Park Shin Hye meletakkan hashtag #koreantraditionalclothes, ramai netizen China memaki hamun pelakon Korea itu.

Park Shin Hye memuat naik status pada 12 Februari lalu dengan memakai hanbok dengan kapsyen: “Rasanya dah banyak kali saya pakai Hanbok ni dalam ‘The Royal Tailor’ tapi saya masih rasa sangat suka sekali memakainya.”

Hanbok memang dikenali sebagai pakaian tradisional Korea. Namun bagi orang China, mereka tidak pernah mengiktiraf Hanbok sebagai pakaian tradisional Korea.

Mereka seringkali mengklaim hanbok sebagai baju tradisi asal dari China dan tidak seharusnya orang Korea menganggap hanbok milik Korea.

Di ruangan komen ramai yang mengisytihar ‘cancel’ Park Shin Hye. Ada yang berkata bahawa mereka tidak akan menonton mana mana drama lakonan Park Shin Hye lagi.

Ada yang menulis: “Orang macam kamu tak berhak mendapat ‘cinta’ dari orang China.”

Mereka menyerang IG pelakon yang baru berkahwin itu dengan teruk sekali di ruangan komen.

Mereka mengingatkan Park Shin Hye bahawa hanbok itu sebenarnya berasal dari China, cuma ianya diubah dan diolah di Korea membuatkan busana itu nampak berbeza.

Kemudian netizen dari Korea pula tampil mempertahankan Park Shin Hye. Mereka menuduh netizen China menggambarkan bahawa mereka sebenarnya sudah di-brainwashed dari kecil.

Kontroversi hanbok itu menjadi panas apabila dalam acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, memaparkan ada wanita memakai hanbok yang dianggap sebagai mewakili etnik minoriti di China.

Sebelum ini juga, legenda K-pop, Hyoyeon dari Girl Generation memuat naik status dengan hanbok beserta kapsyen: ‘Hanbok Korea adalah sangat cantik.’

Ramai merasakan bahawa status itu sindiran kepada Beijing 2022 yang mengklaim hanbok adalah milik etnik minoriti di China yang sebelum ini dipaparkan dalam acara pembukaan. Dalam acara tersebut terdapat 56 etnik dipaparkan.

Seperti Park Shin Hye, Hyoyeon turut diserang di IG-nya. Ada yang menyindirnya: “Kamu tak tahu malu ke?”

Baca yang lain