Blackpink adalah kumpulan Kpop wanita paling padu ketika ini. Dan mereka terjebak dengan kontroversi gara gara episod dengan panda.
YG Entertainment memuat naik trailer episod baharu siri 24/356 yang memaparkan Blackpink bermesra dengan panda.
Namun keadaan menjadi tegang apabila kerajaan China mengecam tindakan Blackpink ketika berinteraksi rapat dengan tersebut.
Netizen dari China mulai mengecam tindakan Blackpink yang dikatakan membahayakan bayi panda serta melanggar peraturan yang ada.
Jennie, Jisoo, Rose, dan Lisa mengunjungi taman permainan dan taman haiwan Everland di Korea. Mereka menghabiskan masa dengan sekumpulan panda yang berada di sana.
Anggota Blackpink yang ditugaskan untuk menjadi penjaga taman haiwan tersebut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam memeriksa kesihatan panda dan membuat makanan untuk ibu panda.
Jisoo and Jennie at Panda world 🐼 last episode 🥺 @BLACKPINK pic.twitter.com/GLPqtklbK5
— 𝘑𝘑 (@official_jensoo) November 4, 2020
Bukan hanya itu, mereka juga berinteraksi dengan bayi panda berusia tiga bulan bernama Fubao. Ekspresi wajah gembira dan tidak sabar untuk bertemu Fubao jelas kelihatan.
Salah seorang anggota Blackpink, Jennie, dalam video itu dilihat memegang bayi panda. Blackpink memang dinekali dengan sikap mereka menyukai haiwan.
Jennie malah pernah menyatakan salah satu cita cita beliau dahulu adalah menjadi pegawai zoo.
Malang sekali tindakan mereka hari itu dikatakan memudaratkan haiwan tersebut.
Koreaboo melaporkan video pendek trailer itu menjadi viral di pelbagai media sosial di China.
Panda di dunia ini milik China
Untuk makluman, walaupun bayi panda ini dilahirkan di Korea Selatan, secara teknikalnya ia adalah milik kerajaan China.
Dan boleh dikatakan semua panda di dunia ini adalah milik China di mana mereka membenarkan negara lain mengambil panda sebagai haiwan angkat dan ianya disewa.
Langkah itu pernah diambil oleh Malaysia sendiri.
Zoo di seluruh dunia hanya menyewa panda panda ini. Menurut laporan kos pinjaman panda itu dikatakan bernilai $1 juta / RM 4.13 juta setahun untuk kontrak “diplomasi panda” 10 tahun.
Zoo lain di seluruh dunia yang menyewa panda ini juga harus membayar tambahan $400,000 dalam bentuk cukai untuk setiap bayi yang dilahirkan dalam jagaan mereka.
Oleh kerana panda di Everland adalah milik China, zoo tersebut diharapkan mengikuti peraturan yang ketat untuk menghindari penularan penyakit ini.
Salah satu peraturannya ialah orang ramai tidak boleh menyentuh panda atau membuat kontak rapat dengan mereka dengan cara apa pun.
Jadi perhatian kerajaan China
Perkara itu turut sampai ke agensi kerajaan di China.
Menurut Pentadbiran Perhutanan Negeri China, membenarkan orang bukan profesional menyentuh panda meningkatkan risiko dijangkiti jangkitan zoonosis.
Peraturan tersebut juga menyatakan bahawa orang yang memiliki haiwan peliharaan tidak boleh melakukan interaksi yang dekat untuk mencegah penyebaran penyakit.
Mereka memberikan contoh pada tahun 2015, terdapat kes seekor haiwan panda mati akibat virus yang dijumpai pada anjing peliharaan.
BLACKPINK Under Investigation By China For Reportedly "Endangering" A Baby Pandahttps://t.co/KxYaG7H83V
— Koreaboo (@Koreaboo) November 5, 2020
Seperti diketahui, ahli Blackpink mempunyai haiwan peliharaan lain, misalnya Jennie yang mempunyai dua eor anjing, Kai dan Kuma. Kemudian ada Lisa ada kucing bernama Leo.
Netizen menganggap interaksi Blackpink dengan Fubao tidak dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi.
Selain itu, mereka juga memakai make-up dan dalam video tersebut ada seseorang yang tidak memakai sarung tangan.
Video ini menarik perhatian masyarakat Cina, dalam masa 15 jam, salah satu catatan di Weibo yang mengandungi ini mendapat 10 ribu komen. Bukan hanya Blackpink, tetapi netizen juga mengkritik sikap YG Entertainment dan zoo.
“Adalah salah untuk menyentuh panda bayi menggunakan solek dan perlindungan minimum.”
“Saya yakin Blackpink tidak tahu banyak perkara tentang panda. Tetapi pakar penjaga haiwan harus menyedari hal itu dan menghentikan orang bukan profesional atau pelawat daripada menyentuh anak-anak panda itu, ”tulis yang lain.
Seterusnya Pusat Penyelidikan & Pemuliharaan Panda Gergasi China kini dalam proses menyiasat kejadian tersebut. Sehingga kini, kemungkinan tindakan saman akan diambil ke atas Everland, YG Entertainment, dan Blackpink.
YG Entertainment akhirnya memutuskan untuk tidak menyiarkan episod dengan panda itu.
“Setelah mempertimbangkan nasihat pakar dalam bidang perlindungan panda, bahawa ‘interaksi erat antara bukan pakar dan anak panda dapat menyebabkan salah faham’, dan juga kerana menghormati konvensyen kerjasama antarabangsa, kami memutuskan untuk tidak menyiarkan video tersebut,” kata YG Entertainment.
YG Entertainment juga membersihkan salah faham yang sedang beredar. Mereka menekankan bahawa keempat-empat anggota Blackpin sentiasa menggunakan sarung tangan, topeng dan peralatan pelindung lain ketika berinteraksi dengan panda bayi.
“Ketika Blackpinl menemui bayi panda, semua anggota memakai sarung tangan, topeng dan jubah sepanjang masa,” jelas YG Entertainment.
“Kami juga menekankan sekali lagi bahawa di antara semua pemandangan, mereka (Blackpink) selalu membawa pembasmi kuman untuk tangan dan kasut mereka,” kata agensi itu.
Sebelum ini dilaporkan, Blackpink kini dibanjiri dengan komen negatif, terutama dari netizen China.
Terdapat juga netizen meminta warga China menjelaskan sebelum ini ramai juga selebriti lain yang menyentuh panda.
Netizens show numerous instances of celebrities with baby pandas and wonder why Chinese netizens are now getting angry at BLACKPINK https://t.co/AQMW5cY4zO
— allkpop (@allkpop) November 6, 2020