Kaw-kaw Syed Saddiq kena bahan oleh Netizen Indonesia kali ini gara-gara kesilapan Jalur Gemilang yang dikibarkan oleh MABA.
Baru-baru ini timbul isu bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang salah, di pertandingan bola keranjang kebangsaan anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).
Tidak seperti bendera Jalur Gemilang yang kita semua ketahui, bendera yang dikibarkan melalui skrin gergasi ketika majlis pembukaan kejohanan tersebut mempunyai bintang lima bucu, dan 10 jalur.
Perkara ini mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang seakan-akan memperlekehkan kedaulatan negara.
Pihak penganjur telah melakukan permohonan maaf. MABA juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan. Namun isu sebegini amat berat untuk dimaafkan begitu sahaja oleh majoriti rakyat Malaysia, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Saya tidak terima alasan “tersilap bendera”
Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.
Saya sudah arahkan pejabat PJS siasat & ambil tindakan dengan segera.
Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana? pic.twitter.com/HEsU8gtbd4
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 26, 2019
Melalui perkongsian di akaun Twitter beliau, Syed Saddiq berkata alasan tersilap bendera nyata tidak boleh diterima.
“Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA,” ujar beliau.
Isu kesilapan Jalur Gemilang ini turut mendapat perhatian daripada Netizen Indonesia. Perkara ini tidak menghairankan pun sebenarya.
Apatah lagi sejak Indonesia tewas dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September, dan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November lalu.
Bagi mereka, ini peluang untuk balas dendam kepada Malaysia. Syed Saddiq adalah antara individu yang menjadi sasaran selepas Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Zainudin Amali menuntut permohonan maaf secara terbuka dari kerajaan Malaysia ekoran dakwaan penyokong Indonesia dipukul di Bukit Jalil.
Netizen Indonesia Ejek Menpora Malaysia Soal Bendera Salah https://t.co/6ukCrorePp
— Wawan yuliarto (@wawan_yuliarto) November 28, 2019
Syed Saddiq bagaimanapun hanya membalas permohonan maaf tersebut melalui muat naik video di Twitter. Bagaimanapun, beliau menafikan penyokong Indonesia dipukul di Bukit Jalil.
Malah pihak polis turut mengesahkan video tersebut sebagai palsu, dan video yang tular itu sebenarnya adalah kes samun yang berlaku di Bukit Bintang. Ia tidak ada kena mengena dengan perlawanan bola sepak membabitkan Malaysia dan Indonesia.
Ini menjelaskan kegeraman Netizen Indonesia terhadap Syed Saddiq. Kejadian tersebut membuat Syed Saddiq diejek oleh netizen dari seberang.
Bahkan, ada yang menyebut Malaysia terkena karma di SEA Games 2017. Ketika itu, dalam buku panduan SEA Games 2017 yang berlangsung di Malaysia, bendera Indonesia terbalik, menjadi Putih Merah.
“Dulu bendera negara Indonesia, Anda pasang terbalik. Jangan pernah lupa! Apa yang kalian lakukan dengan sengaja, akan berbalik pada kalian. Apa kau tanam akan kau tuai juga hasilnya,” demikian tulis akun @Novelis11.
“Negara kamu kena Karma! Itulah yang negara kamu petik karena sering melecehkan bangsa kami,” tulis akun Andri Setya.
Menpora Zainudin Amali masih menunggu permintaan maaf resmi Malaysia setelah sepekan lebih pasca insiden pengroyokan suporter Indonesia. https://t.co/IHXvMT84K3
— Kompas.com (@kompascom) November 28, 2019
Dalam perkembangan lain, Menpora Indonesia, Zainudin Amali dilaporkan masih menunggu permohonan maaf daripada Syed Saddiq sehingga ke hari ini.
Ingatkan perkara tersebut dah habis. Tapi itulah Indonesia. Wany tak tahu nak cakap apa dah. Korang nilaikan sendiri sajalah.