Netizen Indonesia Klaim Upin Dan Ipin Aslinya Dari Indonesia Dan Meninggal Di Sulawesi

Media sosial TikTok gempar dengan satu rakana video viral menunjukkan dua batu nisan yang tertuliskan nama Upin dan Ipin.

Seperti kita ketahui Upin dan Ipin adalah dua tokoh anak-anak dari serial kartun asal Malaysia yang juga populer di banyak negara termasuk di Indonesia.

Bermula dari unggahan video dari akaun TikTok @ABI_ALONK_3110, ia menunjukkan dua kubur Ipin dan Upin. Dalam batu nisan tersebut tertulis Ipin meninggal dunia terlebih dahulu pada 6 Ogos 1995 lalu disusuli oleh Ipin tanggal 2 April 1996.

“Akhirnya tidur nyenyak. Pantesan enggak pernah gede, ternyata cerita berdasarkan khayalan Opah 10 tahun yang lalu,” tulis akaun tersebut yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia:

“Akhirnya tidur nyenyak. Patutlah tak pernah besar besar, ternyata cerita ini berdasarkan khayalan Opah 10 tahun yang lalu.”

Unggahan tersebut sudah diputar lebih dari 36.9 juta kali dan memiliki 3.9 juta likes, serta 82 ribu komen pada 17 Januari yang lalu.

“Maaf ya gaes jadi rame, video ini alonk dapat dari teman yang juga orang Malaysia. Katanya ini berdasarkan kisah dari nenek disana yang diungkap ke dalam animasi,” tulis pemilik akaun itu lagi.

Seorang lagi pengguna TikTok, @cryptoinvestorss menceritakan bahawa Upin dan Ipin adalah kejadian sebenar yang pernah berlaku di kampung halamannya.

“Jika mengikut kisah Upin dan Ipin di kampung saya di Palu,Sulawesi Tengah, mereka berdua bersama ibu bapanya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan jalan raya.”

“Hanya kakak mereka yang dikenali masyarakat sebagai Kak Ros yang terselamat. Kisah kartun kanak-kanak Upin Ipin mengambil inspirasi daripada kejadian ini,” jelasnya.

Seterusnya pemilik TikTok @putrahits03 yang mengatakan bahawa lokasi makam Upin dan Ipin terletak di Kota Palu, Indonesia.

“Makam upin dan ipin ternyata ada di Palu bukan di Malaysia [kubur Upin dan Ipin ternyata di Palu bukannya di Malaysia],” tulisnya dalam video tersebut.

“Ini katanya viral, yang bilang dari Malaysia ini tu [sebenarnya] di Palu gaes bukan di Malaysia [Dengar kata ini viral, yang cakap dari Malaysia sebenarnya di Palu gais, bukan di Malaysia],” ujar salah seirang lagi wanita yang merakam video tersebut.

Lalu netizen yang menggunakan akaun @itsme berkata: “Ternyata upin ipin adalah org indonesia.”

“Kata temen gw pembuat upin ipin itu pertamanya di indo terus ga laku dan dijual ke malay eh laku dan sampae sekarang, katanya yang buat orang bandung [Kata kawan saya, penghasilan Upin Ipin pertamanya di Indonesia, tapi tak laku lalu dijual ke Malaysia, eh laku dan sampai sekarang, katanya, yang buat Upin Ipin ni sebenarnya orang Bandung],” tulis @ekadwiyanxxx.

“Ini beneran ga sih, biasanya kan kalo orang meninggal di batu nisan ada tulisan binnya. misal mail bin ismail. itu cuma Upin doang ga pake bin [Ini betul ke, biasanya orang meninggal dunia ada tulis binnya di batu nisan. Misalnya Ismail Bin Mail. Takkanlah Upin saja yang tak pakai bin. Betul ke tak ni, biasanya orang meninggal dunia ditulis bin pada batu nisa mereka],” tulis @suci.salxxx.

“Gue yang tinggal di palu baru tau kalo makam upin ipin di kampung sendiri [aku yang tinggal kat Palu ni pun baru tahu yang sebenarnya kubur Upin Ipin rupanya ada di kampung aku sendiri],” tulis @deogantxxx.

Seterusnya Cepi Pepoy berkongsi video kononnya Upin dan Ipin dilanggar oleh abang Mail. Sedangkan video itu sebenarnya iklan khidmat masyarakat.

Cerita tersebut mendapat perhatian daripada produksi Upin dan Ipin sendiri yang menafikan bahawa Upin Ipin asalnya dari Indonesia dan sudah meninggal di Palu.

Les’ Copaque Production berkata: “Ia tidak diambil atau diinspirasikan daripada kisah sesiapa yang masih hidup mahupun sudah tiada. Idea asal cerita Upin Ipin adalah dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah.

“Setiap cerita ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat,” demikian kenyataan itu.

Sumber: Detik