Marcelo Bielsa mempamerkan bakatnya yang luar biasa dalam analisis bola sepak.
Dia telah dijemput untuk satu syarahan taktikal pasukan Poland sebelum Piala Dunia 2022. Dan ternyata dia memiliki perincian luar biasa di dalam sesi tersebut.
Bekas pengurus Leeds itu baru baru ini dikaitkan dengan jawatan kosong di Bournemouth.
Dia seorang yang terkenal dengan pendekatannya yang obsesisf dan teliti untuk mengkaji kedua-dua pihak lawan dan pasukannya sendiri.
Sehinggakan dia pernah dituduh Frank Lampard sebagai pengintip. Bielsa mempertahankan tindakannya ketika itu dengan menjelaskan bahawa dia cuma komited mengkaji pasukan lawannya.
Daripada pembentangan itu Bielsa, ramai yang berubah pandangan tentang Bielsa, di mana daripada dituduh pengintip kepada seorang yang benar benar komited dengan kerjanya.
Dan awal minggu ini, Bielsa menyampaikan seminar di Stadium Legia Warsaw di Poland, di mana dia dilaporkan membentangkan hasil analisisnya selepas menyusun laporan mengenai 65 pemain berbeza dari pasukan kebangsaan Poland.
Untuk melakukan kajian ini, pengurus berusia 67 tahun itu menonton dan menganalisis 50 perlawanan terakhir mereka, menurut laporan Yorkshire Evening Post.
Dia menyaksikan kesemua 50 perlawanan itu secara penuh. Sudah tentu ada banyak sesi ulangan dia buat.
Itu akan melibatkan jumlah jam yang sangat banyak untuk melakukannya. Dia sudah memulakan kajian itu sejak beberapa bulan lalu, sebaik sahaja bersetuju untuk menerima pelawaan mengadakan seminar taktikal tersebut.
Seminar itu, yang ditaja oleh Persatuan Bola Sepak Poland dan dianjurkan oleh STPN dan Asystent Trenera, telah membawa orang ramai, termasuk ketua jurulatih Poland, Czesław Michniewicz, hadir ke dalam acara bersejarah itu.
Ramai netizen di media sosial telah bertindak balas dengan memberikan pujian kepada kuliah Bielsa.
Seorang peminat berkata: “Jadi Bielsa telah memberikan pembentangan kepada pasukan kebangsaan Poland pada hari terakhir [sebelum Piala Dunia bermula]? Dilaporkan bahawa dia menonton 50 perlawanan terakhir mereka dan menganalisis 65 pemain untuk persembahannya. Lelaki itu benar benar terobsesif bola sepak.”
Marcelo Bielsa is currently delivering a lecture at the Legia Warsaw stadium in Poland 🇵🇱
According to one of the attendees, Bielsa, in preparation for this lecture, watched the last 50 matches of the Polish national team. He presented a minutes schedule of 65 players. pic.twitter.com/iPzv8lbT4a— Marcelo Bielsa بالعربي ☪️ (@MarceloBielsaAR) November 15, 2022
Bielsa seorang yang dikenali dengan cara analisisnya yang terperinci dengan caranya tersendiri. Dia pernah mengakui dia seorang yang agak old skool dalam penyediaan analisis dan berdepan cabaran untuk menggunakan perisian analisis terkini.
Namun itu tidak menghalangnya untuk menghasilkan analisis yang luar biasa.
Marcelo Bielsa has given a lecture to the Polish national team before they flew to the World Cup. 🇵🇱
'El Loco' watched the last 50 Poland matches and compiled reports on 65 different players. 😮pic.twitter.com/W6rvw97GgC
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 16, 2022
Siapa tahu selepas ini FAM memanggil Bielsa untuk membuat analisis taktikal berkaitan pasukan Malaysia?
Seorang lagi mengulas: “Bielsa sangat menyayangi Mateusz Klich sehingga dia menonton 50 perlawanan terakhir Poland untuk melihat mengapa dia tidak dipilih untuk Piala Dunia.
Selepas tamat sesi itu Bielsa pulang ke negaranya untuk menyaksikan Piala Dunia dari rumahnya.
Apa yang pasti dia pasti akan membuat analisis perlawanan untuk rujukan dirinya sendiri di rumah,