Netizen Kagum Harrif Salleh Cakak ‘Trenglish’, Lihat Part Hujung Tu

Hari ini netizen digemparkan dengan video temuramah pelumba basikal pasukan Terengganu Cycling Team(TSG), Harrif Salleh.

Beliau mencipta sejarah menjadi pelumba dari Malaysia dan Asia pertama yang memenangi 3 peringkat perlumbaan.

Beliau ternyata sangat gembira dengan kemenangan tersebut, dan bersyukur di atas rezeki yang diberikan Tuhan selepas bersusah payah selama ini.

Beliau berkongsi rasa terharunya dengan wartawan sebaik sahaja menamatkan perlumbaan.

Itu adalah pencapaian luar biasa daripada anak Terengganu tersebut. Selain daripada aksi cemerlang yang menggemparkan netizen, para warganet turut terkesima dengan video temuramah selepas kemenangan beliau.

Netizen kagum

Harrif mendapat pujian netizen apabila beliau bercakap dalam bahasa Inggeris-Terengganu aka Trenglish.

Harrif Salleh muncul juara peringkat ketujuh sejauh 130.4 kilometer(KM) bermula dari Bagan, Pulau Pinang dan berakhir di Alor Setar Kedah dengan masa 2 jam 53 minit 18 saat.

Video temurah beliau selepas perlumbaan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi Terengganu itu tular di laman Twitter.

“Level confident dia bercakap tu tinggi. Tabik Harris! Teranu ori boh.”

Harrif Salleh mengucapkan terima kasih kepada rakan pasukan beliau yang banyak membantu beliau ketika perlumbaan.

Ayat paling mahal yang hujung video.

“Bulih cakak dok?”.

Rata-rata netizen memuji Harrif Salleh dan menyatakan pelumba daripada Terengganu itu berbahasa Inggeris dengan baik sekali. Beliau berjaya menjelaskan beberapa detail yang penting berkenaan dengan strategi.

Selain itu, Hariff langsung tak kekok dalam berbahasa Inggeris.

“Sebenarnya english dia bagus, accent je Ganu. Sama la mcm kalau org german, french, dutch, indian, italian ckp english. Bagus tapi ada their own accent.”

“Bila aku dah duduk middle east ni, rasa seronok gila nak touch up lagi english untuk bercakap. No one will judge.”

https://twitter.com/adyaryf/status/1227905003450519552

“Orang luar tak kisah pun bahasa inggeris kau macammana. Asalkan boleh faham. Kita dkt Malaysia ni je angkat sangat nak kena berbahasa mcm omputeh baru nampak bijak.”

“Ni baru betul kecek jah inggeris takut gapo gakkk. Bunyi slang sendiri tu tunjuk kita punya jati diri.”

Pada pendengaran penulis apa yang dituturkan oleh Harrif Salleh ini jelas dan mudah difahami.

Harrif Salleh Pelumba Asia Pertama Juara 3 Peringkat LTDL:

1. Peringkat 5, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Kuala Kubu Bharu, Selangor – Ipoh, Perak, 165.8 kilometer(KM), 3 jam 39 minit 42 saat.

2. Peringkat 7, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Bagan, Pulau Pinang – Alor Setar Kedah, 130.4 kilometer(KM), 2 jam 53 minit 18 saat.

3. Peringkat 2, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2019, Senawang, Negeri Sembilan – Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka, 200.6 kilometer(KM), 4 jam 53 minit 20 saat.

Keyakinan diri itu yang membezakan beliau dengan beberapa atlet lain. Beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik untuk pertuturan. Cuma lidah Ganu tu pekat, itu biasalah kan.

Semoga terus berjaya kepada Hariff Salleh dalam LTDL 2020.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi