Netizen Korea Kecewa Kim Tae Hee (Isteri Rain) Pun Terlibat Skandal Cukai Jutaan Dollar

Kim Tae Hee adalah salah seorang pelakon terkenal di Korea. Bukan sahaja sebab dia lawa, malah dia juga terkenal dengan penampilan, akal, kerjaya dan suaminya yang sama hebatnya bernama Rain.

Rain merupakan salah seorang ikon di Korea Selatan yang disanjung tinggi, juga kerana kredibiliti dan sikapnya.

Pasangan ini juga sudah memiliki anak dan dilihat memiliki kehidupan yang sempurna.

Pelakon Kim Tae Hee sebelum ini dipuji melambung oleh netizen kerana memberikan potongan harga kepada penyewa rumah kerana wabak coronavirus. Namun, semua reputasi baik yang telah dia bina, kini dilihat sia-sia.

Ini sejak penyiar Korea Selatan MBC menyiarkan program kewartawanan penyiasatan yang disebut PD Note.

Reputasi calar

PD Note mendedahkan bahawa Kim Tae Hee, Lee Byung Hun, Kwon Sang Woo dan Han Hyo Joo telah terlibat dalam skandal mengelakkan cukai bernilai berjuta-juta dolar dari cukai hartanah dengan memanfaatkan beberapa kelompongan pada undang-undang.

Selebriti – selebriti di Korea Selatan seringkali membeli bangunan mewah kerana ia adalah jenis pelaburan hartanah pilihan di negara mereka. Individu yang membeli hartanah perlu membayar cukai hartanah yang mahal termasuk cukai pertambahan nilai (PPN) sebanyak 10 peratus dari harga belian.

Syarikat tidak perlu membayar PPN. Perniagaan di luar Seoul mendapat potongan harga dari jumlah cukai yang dibayar.

Menurut laporan oleh rancangan tersebut, Lee Byung Hun telah menggunakan sebuah syarikat kertas, yang beralamat di wilayah Gyeongi di luar Seoul, untuk membeli sebuah bangunan bernilai 26bil won (U$D 30.1 juta) di Yeongeungpo, Seoul.

PD Note juga mengatakan bahawa Kim Tae Hee membeli bangunan bernilai 13.2bil won (U$D 15.3 juta) di Gangnam menggunakan kelompongan yang sama. Tuduhan ke atas aktres Hi Bye, Mama! menyembunyikan 920 juta won (U$D 1.06 juta) dalam cukai dengan kaedah ini.

27 syarikat kertas tersebut telah disiasat oleh Perkhidmatan Pajak Nasional dan walaupun kaedah pengelakan cukai ini tidak menyalahi undang-undang.

Seorang peguam mengatakan bahawa undang-undang dapat dipinda untuk mengatasi masalah ini.

Sejak berita itu disiarkan, Kim Tae Hee dan suaminya Rain telah dikutuk atas tindakan mereka.

Seorang netizen bertanya mengapa pelakon itu mesti menggunakan kepandaiannya untuk hal yang salah seperti ini. Kim Tae Hee belajar di Seoul National University dan disanjung oleh peminatnya kerana memiliki rekod akademik yang luar biasa.

Beliau seringkali dijadikan role model oleh wanita di Korea Selatan. Malah ada yang menganggap beliau adalah definisi wanita impian yang hanya ada di dalam mimpi wanita lain.

Bijak, kaya, laki hensem, cantik.

Seorang lagi netizen mengatakan bahawa bintang-bintang yang terlibat langsung tidak berfikir di dalam tindakan mereka sebagai ikon masyarakat.

Dia mengatakan bahawa dia tidak terkejut apabila menemui bintang-bintang lain yang terlibat dalam hal ini tetapi dia terkejut apabila mengetahui tentang Kim Tae Hee yang dilihatnya sebagai orang yang pintar dan baik.

Baca yang lain