Netizen Puji Kevin Mendoza Nafikan Banyak On Target JDT: “Hensem Dan Cekap”

Penjaga gol Kuala Lumpur City, Kevin Mendoza menjadi wira pasukannya apabila terus kebal di gawang gol.

KL City berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama selepas 32 tahun yang lalu.  Di mana ketika itu Kuala Lumpur mencatat hatrik kejuaraan Piala Malaysia.

Lebih manis kejayaan ini adalah ketika Piala Malaysia meraikan edisi ke-100 tahun.

Penantian panjang KL itu berakhir pada tahun 2021, ketika skuad ibu kota dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman Bojan Hodak.

Dua gol Kuala Lumpur dalam aksi final dijaringkan oleh Zhafri Yahya & Paulo Josue.

KL City kebal bertahan dengan adanya Kevin Mendoza menjadi shot stopper. Di Twitter netizen memberikan pujian kepada pemain berdarah Filipina itu.

Pemain terbaik pada perlawanan final milik Zhafri Yahya. Namun ramai juga yang memilih Kevin Mendoza sebagai MOTM pilihan peribadi mereka.

Pengulas sukan terkenal, Zainal Abidi Rawop antara yang memilih Kevin Mendoza sebagai pemain terbaik perlawanan.

Haji Zainal berkata: “Kevin Mendoza telah beraksi luar biasa, dia adalah pemain terbaik perlawanan akhir.”

Seterysnya Irfan pula menyatakan bahawa Kevin Mendoza sudah melakukan segalanya yang dia ada pada aksi final kali ini demi membantu pasukan beliau melakar sejarah menewaskan pasukan pilihan, Harimau Selatan ataupun Johor Darul Ta’zim – yang juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia.

Nama Kevin Mendoza trending di Twitter. Ada yang bernostalgia melihat aksi Kevin Mendoza pada malam ini dengan teringat kepada kelibat aksi penjaga gol legenda yang membantu KL menjuarai Piala Malaysia secara hatrik iaitu, Rashid Hassan.

Melakukan clean sheet di perlawanan akhir adalah impian setiap penjaga gol. Bukan mudah untuk melakukannya. Lebih lebih lagi berdepan pasukan serba bintang seperti JDT.

Daniel berkata: “Tahniah Zhafri Yahya [menjadi MOTM]. Namun pemain terbaik malam ini adalah Kevin Mendoza. Menafikan 9 percubaan tepat [dari JDT].”

Namun Kevin berjaya hidup dalam impiannya itu pada hari ini. Membuatkan Bergson dan rakan rakannya buntu sepanjang malam.

KL City pasti akan mengingati detik ini dalam lipatan sejarah kelab mereka. Daripada pasukan bukan pilihan, mereka mengorak langkah dan menjadi juara Piala Malaysia 2021.

Ternyata KL City adalah dark horse dalam saingan kali ini. Syabas kepada Kuala Lumpur. Dan kepada JDT, anda sudah mencuba yang terbaik. Cuma bukan rezeki anda kali ini.