Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof menerima pujian netizen di atas satu perkongsian beliau tentang kereta mewah. Di mana Azmeer melabel sebenarnya kereta mewah miliknya dulu hanyalah besi buruk yang bergerak.
Hanya setelah beberapa jam perkongsiannya di Facebook, status itu sudah dikongsi lebih 5,000 kali oleh netizen. Di mana rata rata mereka menganggap ianya satu nasihat kewangan yang sangat baik daripada beliau dan selayaknya untuk dikongsi dengan rakan rakan lain.
Azmeer menyatakan bahawa dia banyak berhutang dan berhabis duit kerana kreta tersebut.
“Saya letak downpayment kereta ini RM50,000. Beli plat number hampir RM10,000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5,000. Total RM65,000,” tegas Azmeer.
Bekas pertahanan Kedah itu menegaskan ketika itu dia beranggapan angka itu sebagai simbol kejayaan dan kemajuan dalam kariernya. Tetapi hakikatnya ia adalah bebanan dalam kehidupannya.”
Azmeer menambah: “RM65,000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65,000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.”
Dari segi keperluan, Azmeer menegaskan dia tidak banyak menggunakan kereta. Kadangkala dia menggunakan kereta mewah itu tak sampai 10 kali dalam sebulan. Mengakui dirinya lebih selesa bergerak menggunakan motosikal terutama sekali selepas dia tinggal di Kuala Lumpur.
“Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.”
“Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10,000 setahun.”
“Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘kejayaan‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.”
Akhirnya Azmeer membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut. Yang menurutnya ternyata satu keputusan tepat. Dia dapat berjimat kira kira RM5,000 sebulan. Dan bebas hutang membuatkan jiwanya lebih tenang.
Dia tidak menganggap membeli kereta mewah itu satu kesalahan tetapi bergantung kepada individu. Berdasarkan pengalamannya, apabila seseorang itu terpaksa bekerja keras hanya kerana kereta mewah, maka lebih baik kereta itu dilepaskan.
“Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.”
“Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI.”
Akhirnya Azmeer Yusof menutup nasihatnya:”KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.”