Netizen Sumpah YouTuber Ini Masuk Neraka Kerana ‘Shredding’ PS5 Yang Baru

PlayStation 5 antara perkara yang paling diidamkan ramai orang pada hari ini. Sejak ia dilancarkan, PS5 laku keras dan sangat sukar untuk mendapatkannya.

Peminat PS5 terpaksa menunggu lagi Sony mengedarkan unit pada batch seterusnya.

Kejayaan membeli dan mendapatkan PS5 dianggap sebagai kejayaan besar bagi peminat PS5. Kerana sangat sukar untuk menjadi pemilik PS5 sebaik sahaja ianya dikeluarkan.

Namun seorang YouTuber bernama Captain Crunch Experiments pula telah memuat naik satu video yang mebuatkan netizen bengang dan triggered.

Ada yang mengakui darah mereka meledak melihat konten sedemikian rupa. Video tersebut berjudul Fast Shredder vs PS5.

Dan dalam video itu, dia telah mengisar PS5 dengan pengisar industri.

Lalu ramai yang menyumpah Captain Crunch agar dihumban terus ke neraka. Kerana menurut mereka YouTuber tersebut ada ciri ciri masalah mental.

Dalam videonya, Captain Crunch membawa PS5 yang masih di dalam kotak. Dan kemudian mengisarnya satu persatu. Bermula daripada kotak, kertas kertas, Dualshock Controller, serta konsol PS5.

Kesemuanya hancur dikisarnya dan tidak tinggal apa lagi dah.

Ramai terkilan dan kecewa dengan Captain Crunch. Ada yang menganggap dia seorang yang tak bersyukur. Orang lain hanya mampu bermimpi mendapatkan PS5. Dia pula membeli konsol semahal itu dan menghancurkannya.

Video itu mendapat tontonan lebih 413k. Namun lebih banyak dislikes daripada likes. Di mana ada lebih 33k dislikes berbanding lebih 8.2k likes.

Ada netizen yang mencadangkan Captain Crunch membuat konten lebih baik daripada itu. Misalnya mendermakan sahaja PS5 itu kepada kanak kanak yang susah.

Pengguna Twitter dengan nama Red berkata: “Ini adalah rakaman video yang mengecewakan. Saya telah mencuba untuk mendapatkan PS5 baharu untuk adik kecil saya dan si bangang ini menghancurkannya macam tu je.”

Ramai yang menganggap dia sebagai berlagak dan poyo kerana memperlakukan PS5 sebegitu rupa.

Jadi korang boleh tengok sendiri di sini aksi tersebut:

Isteri dapat tahu PS5 bukannya air purifier, suruh suaminya lelong segera

Dalam cerita yang lain tentang PS5, seorang lelaki terpaksa menjual murah PS5 miliknya kerana kantoi dengan isterinya.

Seorang lelaki Taiwan terpaksa menjual semula PS5 setelah isterinya mendapati ia bukan alat pembersih udara / air purifier seperti yang dia katakan kepada isterinya.

Memandangkan betapa sukarnya mendapatkan PlayStation 5 pada masa ini, ia adalah sesuatu yang sangat tragik apabila dia terpaksa menjual semula.

Sebenarnya, lawak untuk menyatakan bahawaa PS5 adalah pembersih udara berlegar di media sosial. Dan lelaki itu menganggap ia satu gurauan yang boleh diguna pakai.

Selepas dia menerangkan kepada isterinya bahawa dia mahu membeli pembersih udara, sang isteri memberikan kebenaran, atas alasan kebersihan dan kesegaran udara.

Si suami tahu lambat laun taktik itu akan kantoi juga. Namun tak menyangka isterinya langsung tak beri peluang dan memintanya melelong PS5 itu.

Lelaki bernama Jin Wu yang menjadi pembeli Ps5 itu menyatakan dia bertuah. Namun di sebalik kisah itu dia menyatakan ada kisah duka.

Wu menyatakan dia menghubuni sang penjual. Isteri pemilik PS5 itu menguruskan kesemua urusan jual beli itu. Lagi best, Wu mendapat harga yang jauh lebih murah. Pada ketika dunia berdepan masalah reseller/scalper yang menjual harga tak masuk akal.

Wu yakin bahawa itu bukan satu scam berdasarkan maklumat diberikan wanita itu. Lalu dia pergi ke rumah mereka.

Setibanya di rumah lelaki itu, Wu bercakap dengan dia. Dan bertanya dari mana dia membelinya. Lelaki itu menyatakan daripada PChome.

Wu memuji kehebatan lelaki itu yang menembusi pra tempah tersebut. Bukan semua orang boleh melakukannya. Wu lebih kagum kerana menurut maklumat isteri lelaki itu, dia menjul konsol itu kerana membeli dua unit.

Nak beli satu pun payah, inikan pula dua.

Mendengar kenyataan Wu itu, lelaki itu berubah raut wajahnya. Kerana kisahnya tak seperti itu. Dia hanya membeli satu. Namun terpaksa menjualnya kerana isterinya tidak dapat menerima jenaka air purifier itu.

‘Isteri saya ingin menjualnya,’ katanya kepada Wu, yang menulis: ‘Saya terdiam setelah melihat pandangan di matanya. Saya dapat merasakan kesakitannya.”

Wu dapat melihat keperitan seorang lelaki yang terpaksa menjualnya, dan mereka berbual dalam situasi yang janggal ketika itu. Wu terasa dirinya seperti orang jahat pulak.

Wu segera mengungkapkan: “Ternyata wanita dapat mengetahui perbezaan antara PS5 dan penapis udara.”

Kisah Wu telah dikongsi ribuan kali di Facebook, dengan seorang pengguna facebook yang juga seorang isteri menulis: ‘Ianya hanya PS5. Itulah yang lelaki mahukan… biarkan dia hidup sedikit. Sheesh! ‘

Namun ada juga yang mengecam lelaki itu yang dikatakan harus membayar harga kerana tak jujur.