Netizen Tanya: Betul Ke MFL Tak Bayar Gaji Pengadil?

Isu tunggakan gaji dalam bola sepak Malaysia bukan satu perkara yang baharu. Malah ianya dah seperti ‘football heritage’ – bak kata Jose Mourinho.

Sebelum ini MFL sudah banyak kali mengeluarkan surat amaran dan denda – termasuk potong mata – kepada pasukan yang tak bayar gaji pemain.

Beberapa hari lalu, kecoh isu melibatkan syarat PFAM dalam isu pemotongan gaji. Di mana timbul isu berkaitan dengan beberapa pasukan yang masih tertunggak gajinya.

Dan hari ini, sebuah laman peminat di Facebook, Cerita Bola Sepak telah menyeru agar pihak bertanggungjawab melunaskan gaji pengadil yang tertunggak.

“Mohon FAM dan MFL melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap para pengadil yang terlibat.”

“Mereka masih menunggu bayaran elaun bayaran perlawanan pada tahun lepas dan juga tahun ini bagi kelayakan Piala FA.”

Laman tersebut juga berkongsi satu mesej langsung daripada pihak yang tidak didedahkan namanya berkata: “Salam mintak tolong pada tuan viral kan.”

“Pengadil kita banyak yg belum terima bayaran elaun game tahun lepas..seperti liga premier, challeng cup..tahun ni piala FA kelayakan.”

“Semua belum terima bayaran, yang tahun lepas sudah dekat setahun — janji nak bayar selepas liga bermula. [Tetapi] janji tinggal janji.”

“Dengan penyakit cov19 semua perlukan duit, mohon tuan viralkan.”

“Nama saya mintak di padamkan atau diembunyikan maklumat saya — terima kasih tuan.”

“MFL yang janji, sebab MFL yang buat bayaran.”

Status tersebut telah mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Adakah perkara ini benar terjadi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak MFL dalam masa yang terdekat.

Baca yang lain