Netizen Terkejut: Kidal Minta Sumbangan RM300, Sekali Soloz Bagi 10K Stars

Pada hari ini semakin ramai yang menjadikan esukan sebagai karier. Sama ada sebagai pemain profesional mahupun streamer.

Banyak platform menawarkan pendapatan kepada gamers selain daripada pertandingan. Antaranya Twitch, Facebook Gaming, YouTube dan sebagainya.

Seorang streamer telah memohon sumbangan kewangan sebanyak RM300 untuk cover belanja makan minnumnya bulan ini.

Kidal dalam statusnya berkata: “Salam semua, Kidal perlukan bantuan kewangan sebanyak RM300 untuk makan minum bulan ini.”

“Harap ada yang sudi bantu Kidal untuk teruskan perjuangan ke TI [Pertandingan Antarabangsa DOTA].”

“Kidal dah tak buat boosting dan hanya mengharapkan anda semua sahaja, Insha Allla, Kidal bayar balik suatu hari nanti kepada sesiapa yang sudi membantu.”

“Semoha anda semua sentiasa murah rezeki dan dibalas jasa baik… Amin.”

Tindakan Kidal itu mendapat perhatian daripada pengikutnya termasuk gamer terkemukan di FB iaitu Maharaja Soloz.

Soloz bersama dengan netizen yang lain telah mendermakan sumbangan mereka.

Soloz turut memberikan 10,000 stars di permainan game Dota kepada Kidal untuk meneruskan perjuangan gamer tersebut.

Kidal memuat naik tangkap layar sumbangan diterimanya termasuk dengan bukti sumbangan 10k stars daripada Soloz.

Berikut adalah screen shot memaparkan Soloz memberikan 10 ribu bintang berserta mesej sokongan: “Terus kuat!”

Ramai netizen kagum dengan kemuliaan hati Soloz yang sanggup membantu streamer yang pernah mengutuknya sebelum ini. Kidal dikenali dengan sikapnya yang agak cakap lepas.

Ada juga menasihatkan Kidal untuk mencari kerja lain kerana bukan senang nak cari makan dengan menjadi gamers sepenuh masa.

Aiman berkata: “Soloz dermakan 10k stars kepada Kidal? What a guy.”

Sarada menyatakan bahawa sebelum ini Kidal kerapkali memperlekehkan mobile gamers terutama sekali Soloz yang menurut pandangan Kidal bukan gamers.

Namun Soloz langsung tak simpan dendam di atas segala kritikan seperti itu yang diterimanya.

Soloz merupakan seorang gamers profesional dan pernah menjadi anggota pasukan Airasia Saiyan dan Malaysia di Sukan SEA Manila 2019 dalam acara Sukan Elektronik.

Awal tahun ini Soloz telah menggemparkan Malaysia apabila telah membeli sebuah kereta sukan, Mustang hasil daripada kerjaya E-Sukan yang beliau ceburi.

Soloz membuktikan bermain permainan video bukanlah satu aktiviti membazir masa dan boleh dijadikan kerjaya untuk masa depan jika dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh.

Soloz juga dikenali dengan sikapnya yang permurah dan sering memberikan sumbangan termasuk dalam bentuk stars yang boleh ditukar menjadi wang kepada atlet E-Sukan yang lain.

Terutama sekali streamers yang memerlukan wang, sama ada untuk menaikkan lagi karier mereka ataupun untuk membeli kelengkapan baharu.

Saksikan video Soloz memberikan bintang bintang kepada rakan rakan streamers lain:

Baca yang lain