Netizen Terkejut Tengok Hachim Mastour aka Messi Maghribi Main Liga 2 Maghribi

Korang ingat lagi tak dengan nama Hachim Mastour? Pemain yang mendapat banyak jolokan seperti Ronaldo Maghribi, Messi Maghribi dan banyak lagi.

Pada hari ini dia disahkan sebagai pemain divisyen 2 di Maghribi. Jauh daripada jangkaan semua.

Kisah Hachim dan skil

Dia menjadi sangat popular satu ketika dahulu selepas video kompilasi skil beliau tular di YouTube. Dan ketika itu, Hachim yang masih muda masa tu, menjaringkan 5 gol dalam piala Ielasi Memorial.

Namanya menjadi buruan banyak kelab Eropah termasuk Barcelona, Juventus, Manchester City dan Real Madrid. Kesemuanya mahukan bakat berusia 14 tahun tersebut.

Namun pemain Maghribi itu memilih untuk menyertai AC Milan dengan nilai perpindahan €500,000. Angka yang besar diterima kelabnya untuk bakat 14 tahun.

Dia terus menjadi bintang yang menjadi bualan ramai. Namanya terus melonjak naik apabila dijemput oleh Red Bull dan Nike untuk memperagakan skil bersama dengan Neymar Jr. Video yang ditonton lebih 10 juta kali dari seluruh dunia.

Pada usianya 15 tahun, pengurus Milan ketika itu, Clarence Seedorf pernah menamakannya dalam senarai bangku simpanan pasukan utama. Dan memberikan bayangan bahawa pemain itu adalah antara perkara terbesar yang akan berlaku dalam bola sepak dunia.

Pada usianya hanya 16 tahun, Hachim Mastour mendapat debut untuk negaranya Maghribi. Dan dia mulai dibandingkan dengan legenda negara tersebut seperti Mustapha Hadji.

Ketika masuk musim 2015/16, Mastour dipinjamkan ke kelab Sepanyol, Malaga. Namun dia hanya beraksi 1 perlawanan sebagai pemain gantian. Dan Malaga mengembalikan Hachim lebih awal.

Musim berikutnya, dia dipinjamkan ke kelab Belanda, PEC Zwolle. Pengarah sukan PEC Zwolle, Gerard Nijkamp ketika itu melabel Hachim sebagai pemain berbakat luar biasa dan berjanji akan membantu mengembangkan bakat pemain itu lagi.

Sekali lagi, segalanya tidak menjadi. Dan dia hanya beraksi enam perlawanan sahaja dalam satu musim.

Gatusso: Aku malah ugut nak tumbuk muka dia sampai berterabur gigi dia

Ketika Gatusso menjadi pengurus Milan, Hachim Mastour menjadi pemain yang terus mendapat perhatiannya. Ini kerana Hachim terlalu banyak memuat naik video skil di laman sosialnya berbanding dengan bekerja lebih serius untuk merebut tempat dalam pasukan utama.

Apa merisaukan Gattuso adalah, Hachim Mastour lebih popular dengan kerjaya merakam video berbanding di atas padang. Gattuso meletakkan harapan yang tinggi untuk pemain ini.

Beliau masih gagal membuat sebarang penampilan dengan AC Milan dalam Serie A pada ketika itu. Sebelum ini beliau juga gagal untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama Malaga dan PEC Zwolle.

Jika anda melihat video yang dimuat naik beliau, anda akan berpendapat pemain ini adalah pemain bintang yang memiliki masa depan sangat cerah.

Musim tersebut, beliau bermain untuk Milan Primavera. Gattuso kemudian membawa beliau ke dalam pasukan utama sebaik sahaja menggantikan Montella.

Gattuso menyatakan beliau sudah bertemu dan berbincang dengan Mastour. Gattuso memberi amaran agar Hachim Mastour tidak lagi memuat naik video skil beliau dan fokus kepada usaha memecah masuk ke dalam pasukan utama.

Gatusso malah mengancam akan swing satu penumbuk ke muka Hachim jika dia memuat naik video skil lagi.

“Kami ada bercakap tentangnya baru-baru ini. Dan saya akui ada ugut dia kerana dia lebih popular kerana kemampuan memuat naik video berbanding dengan menjadi pemain bola sepak.”

“Sekarang dia dah tak buat sebab saya nak dia hentikan. Jika dia muat naik lagi video seperti itu, saya dah beritahu dia yang saya akan bagi penumbuk dekat gigi dia sehingga bersepai patah.”

“Selepas pertemuan itu segalanya nampak baik. Dia menunjukkan peningkatan di dalam latihan dan kami memutuskan supaya dia bermain di Primavera bagi mendapatkan minit perlawanan.”

“Keretapi dah berlalu dan dia tak sempat naik (merujuk kepada peluang bermain pasukan utama musim ini. Musim nak berakhir). Namun jangan risau, dia bukannya 50 tahun, dia baru 20 tahun pada Jun nanti.”

“Saya rasa dia harus memperbaiki segala kesilapannya. Dia perlu bermain secara konsisten sebab sebelum ini kami melihat dia ada kehilangan sentuhan tajam. Namun selepas pertemuan itu, ada banyak peningkatan ditunjukkan beliau.”

Namun pemain muda itu terus gagal untuk menempatkan diri dalam pasukan utama. Lebih malang, Mastour kemudian gagal mendapatkan kontrak baharu dengan AC Milan dan menjadi ejen bebas.

Terus hanyut dengan pujian dan kaki flex di media sosial

Mastour seperti biasa, berlagak seperti dia adalah bintang yang sudah mencipta nama di pentas antarabangsa. Dia leka dengan pujian peminat dan pengikutnya di media sosial.

Dia menyertai Lamia – kelab di Liga Super Greece. Namun sadisnya, dia ditamatkan kontrak kerana masalah disiplin termasuk kerap ponteng latihan dan terlalu banyak membuat benda selain daripada bola sepak termasuk membuat konten untuk YouTube.

Menyertai Reggina

Mastour kemudian mendapat talian hayat bersama dengan Reggina yang ketika itu baru naik ke Serie B. Hachim dikatakan penyokong setia Reggina ketika kecil. Sebagai tambahan, Hachim Mastour dilahirkan di bandar Reggina.

Beliau menjadi perhatian peminat dan sangat hype pada masa tu. Malangnya, sekali lagi dia dipinjamkan ke kelab bawahan. Kali ini ke Carpi, di Serie C.

 

Dan selepas itu, dia ditamatkan kontrak oleh kelabnya Reggina selepas gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan.

Karier Hachim sekarang

Dan terbaru dia diumumkan sebagai pemain baharu kelab Divisyen 2 Maghribi iaitu Renaissance de Zamamra.

Berita tersebut benar benar membuatkan ramai warganet tidak percaya. Walaupun mereka tahun Hachim sudah tidak mampu mencapai prospek elit, tetapi mereka berpendapat, sekurang kurangnya pada hari ini, dengan bakat yang dia ada pada ketika remaja, dia mungkin harus bermain dalam liga divisyen 1 di eropah walaupun bersama kelab pertengahan.

Namun ramai juga yang mengucapkan selamat maju jaya kepada Hachim kerana ternyata dia masih lagi cintakan bola sepak dan tidak kisah bermain dengan liga divisyen 2 di Maghribi.

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa