Polis dan masyarakat berpisah tiada. Itulah ungkapan sering kita dengar.
Netizen terkesima dan terharu melihat sikap baik hati seorang anggota polis trafik yang membantu seorang pelajar untuk sampai ke dewan peperiksaan.
Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak. Di mana ditweet semula lebih 7k dan disukai lebih 7k juga.
Peperiksaan adalah detik yang sangat mustahak. Kesemua kita mahu menepati masa kerana takut dilarang masuk sebab lewat sangat ataupun tidak cukup masa untuk menjawab peperiksaan.
Pengguna Twitter dengan nama Ruki telah menunjukkan aksi heroic abang polis dengan berkata:
“Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia [Polis Diraja Malaysia] [kerana] tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.”
“Jalan blocked [sesak], ada lori accident, dia ada exam pukul 9 pagi. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!”
Ruki menyertakan beberapa keping gambar ketika sepupunya menaiki motosikal abang polis.
Ruki kemudian memuat naik gambar kemalangan melibatkan lori yang membawa tanah. Ianya telah menjadi punca trafik tidak dapat bergerak di kawasan itu.
Tahniah dan terima kasih abang Polis!
Contoh tauladan yang baik.
Yang baik kita puji, yang korup kita maki! 👏🏻.— Anwar Ahmad 🇲🇾 (@anwarrrrahmad) October 14, 2020
Selain daripada merakamkan penghargaan kepada polis tersebut, netizen juga mengambil kesempatan mengusik.
Abe Gosling menganggap detik itu seperti ayah hantar anak ke sekolah, sambil peluk pinggang.
Macam hantar anak g sekolah. Comel je peluk pinggang. 😅
— A W E K™ (@Abe_Gosling) October 14, 2020
Ada juga yang membuat lawak mat moto:
Bila naik motor sambil sembang…
polis : harini subjek ape?
budak tu : haah bang..straight je.
— T I N I E 🇲🇾 (@tinieamzah) October 14, 2020