Netizen Terkesima Kebaikan Abang Polis Hantar Pelajar Ni Pergi Exam Pakai Motosikal

Polis dan masyarakat berpisah tiada. Itulah ungkapan sering kita dengar.

Netizen terkesima dan terharu melihat sikap baik hati seorang anggota polis trafik yang membantu seorang pelajar untuk sampai ke dewan peperiksaan.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak. Di mana ditweet semula lebih 7k dan disukai lebih 7k juga.

Peperiksaan adalah detik yang sangat mustahak. Kesemua kita mahu menepati masa kerana takut dilarang masuk sebab lewat sangat ataupun tidak cukup masa untuk menjawab peperiksaan.

Pengguna Twitter dengan nama Ruki  telah menunjukkan aksi heroic abang polis dengan berkata:

“Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia [Polis Diraja Malaysia] [kerana] tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.”

“Jalan blocked [sesak], ada lori accident, dia ada exam pukul 9 pagi. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!”

Ruki menyertakan beberapa keping gambar ketika sepupunya menaiki motosikal abang polis.

Ruki kemudian memuat naik gambar kemalangan melibatkan lori yang membawa tanah. Ianya telah menjadi punca trafik tidak dapat bergerak di kawasan itu.

Selain daripada merakamkan penghargaan kepada polis tersebut, netizen  juga mengambil kesempatan mengusik.

Abe Gosling menganggap detik itu seperti ayah hantar anak ke sekolah, sambil peluk pinggang.

Ada juga yang membuat lawak mat moto:

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan