Netizen Terkesima Kelantan Trending Kerana Cina Kecek Kelate Sembang Pasal Nasi Lemak

Semalam telah tular perkataan Kelantan di Twitter. Ianya gara gara satu tangkap layar yang memaparkan perbualan di antara orang Cina di Kelantan.

Dan mereka bersembang sesama mereka dalam bahasa Kelantan.

Bagi masyarakat di Kelantan, ianya bukan perkara baharu. Namun ianya salah satu kebangaan anak jati negeri Kelantan apabila rakan mereka dari bangsa Cina bercakap dalam bahasa Kelantan.

Kali ini mereka bercakap sesama mereka, sama bangsa Cina dalam loghat Kelate.

Berikut adalah perbualan mereka yang saling berbalas komen di Facebook.

Ianya bermula daripada pemilik akaun Chong Thunder yang mengeluh dia tak ada rezeki kali ini nak merasa nasi lemak sebab apabila sampai giliran dia, nasi habis pula.

Ada yang menawarkan diri untuk memasak. Namun tak dilayan haha.

Ricky Ang pula menyatakan: “Kenapa tak cakap awal awal, boleh saya ejaskan.”

Chong Seng Heng pula mencadangkan agar Chong Thunder cuba pergi ke kedai sebelah balai bomba, yang menurutnya lagi sedap. Tapi Chong Thunder menyatakan kedai itu tutup hari tu.

Seorang lagi terus meneka bahawa kedai makan itu adalah kedai Tok Wan Ali. Dan Chong mengiyakannya.

Mereka turut menyatakan sedikit kritikan ke atas prestasi kedai itu yang sekarang ni tak macam dulu. Ikan bilis dah tak ada, kena mintak.

Malah perbualan semakin rancak bercerita tentang kedai tersebut.

Telatah mereka membuatkan netizen terkesima dan kagum. Bagaimana di Kelantan mereka yang berbangsa Cina boleh bercakap sesama mereka dalam bahasa Kelantan.

Lalu Kelantan berada dalam carta top 3 Trending di Malaysia semalam.

Salah seorang pengguna Twitter menyatakan, salah satu sebab orang Cina di Kelantan fasih berbahasa dalam loghat Kelantan kerana di negeri tersebut memang mereka hanya berbahasa sesama mereka dalam bahasa Kelantan bukannya bahasa Melayu standard.

Kalau nak berinteraksi dengan orang Melayu yang majoriti di sana, kenalah berbahasa Kelantan untuk lebih lancar.

https://twitter.com/fejimisu/status/1267849672976039937

“Salah satu benda yang saya suka di di Kelantan,” ciap Farhani.

https://twitter.com/wnfrhni/status/1267847508727754753

Ada yang berkongsi kisah mereka tak sangka Cina di Kelantan pandai kecek Kelate, dan membawa mereka bercakap dengan loghat KL. Sekali dibalas dengan kecek Kelate.

Ini bukanlah kali pertama Cina Kelantan viral sebab kecek Kelate. Bagi sesetengah orang ianya lebih daripada kemahiran linguistik, ia adalah gambaran kerharmornian di Kelantan. Dan rasa pemilikan mereka ke atas bahasa seharian di negeri mereka.

Sebelum ini seorang gadis kacukan Cina-Siam, Wee Chuan Chin telah berkecek Kelate dengan abangnya, Wee Chuan Chin.

Mereka berdua memberitahu MStar bahawa mereka terkejut dan tak sangka apa yang mereka lakukan itu telah viral, kerana mereka menganggap mereka cuma bercakap macam biasa.

Yunee berkata: “Kami post video tu macam biasa di Insta Story. Tiba-tiba orang beritahu dah viral di Twitter.”

“Kami terkejut dan tak sangka. Terharu sebab tak sangka dapat banyak sokongan dan maklum balas positif.

“Gembira sebab video tu dapat hiburkan orang. Dapat tunjuk yang kita semua walau berlainan bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia.”

“Biasanya setahun sekali akan balik sana. Duduk di rumah saudara-mara,” ujar puteri bongsu daripada empat beradik itu.

“Video tu, mereka mungkin terkejut tengok kami boleh cakap Kelantan. Ramai minta buat video lagi.

View this post on Instagram

SBP days, 6 years ago 😯 #seseri

A post shared by ⠀ Y U N 🕊 (@_yuyunz_) on

“Kami pun ada fikir nak buat video. Tapi tak plan apa lagi, sebab baru je semalam jadi viral.

“Keluarga dan kawan-kawan pun terkejut. Mereka mesej di WhatsApp selepas video tu viral.

“Paling kelakar orang fikir kami pasangan kekasih. Orang salah sangka. Muka sama pun orang boleh cakap kekasih,” ujar Yunee dalam nada berseloroh.

Yunee berkata, ibu bapanya memang orang Kelantan walaupun mereka membesar di KL. Ibunya ada darah campuran Siam.

Biarpun membesar di Kuala Lumpur, mereka menetap di Kelantan sewaktu zaman persekolahan, sekitar 14 tahun lalu.

“Mak dan ayah orang Kelantan. Mak berasal dari Lundang, ayah dari Rantau Panjang. Kami di rumah cakap campur-campur… bahasa Cina, Inggeris dan Melayu Kelantan.”

Yunee menyatakan dia sukakan nasi kerabu dan masakan Kelantan. Di mana menurut beliau, susah nak cari masakan Kelantan yang piaw di KL.

“Saya suka makan. Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di KL. Suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu.”

“Dulu masa saya berpindah dan bersekolah di Kelantan, saya seorang je Cina di sekolah tu, yang lain dari tingkatan satu hingga tingkatan lima semuanya Melayu.

“Tapi semua friendly dan baik. Saya suka Kelantan sebab semangat perpaduan kuat,” kata Chin yang kini bekerja sebagai jurutera elektrikal di ibu negara.

Menurut Yunee pula, dia menyifatkan Kelantan sebagai syurga makanan. Dan sentiasa mencari peluang untuk melawat saudara mereka yang masih tinggal di sana.

“Saya suka makan. Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di KL, suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu.”

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah