Neuer Tak Boleh Sepak Atau Pass Dengan Betul Dan Perlu Jalani Satu Lagi Pembedahan

Manuel Neuer pergi menjalani satu lagi pembedahan. Sebelum ini dia disisihkan kerana menjalani pembedahan pada mukanya untuk membuang barah kulit di bahagian itu.

Kemudian selepas Piala Dunia 2022, penjaga gol itu menjalani pembedahan major selepas cedera serius kerana kemalangan ketika bermain ski ais.

Dia tidak bermain lagi musim lalu selepas itu dan membuatkan Bayern mendapatkan Yann Sommer pada Januar. Selepas Alex Nubel menolak untuk menamatkan pinjamannya awal kerana dia mahu berpindah secara tetap ke Monaco.

Nubel memang sudah lama kecewa dengan pengurusan Bayern kerana dia sebenarnya dijanjikan akan diberikan peluang mencabar Neuer secara adil untuk perebutan penjaga gol no.1.

Malangnya, pengaruh Neuer terlalu kuat dan penjaga gol muda itu minta dipinjamkan ke kelab lain. Monaco tidak menandatangani Nubel secara tetap. Tetapi penjaga gol itu pergi untuk satu lagi musim pinjaman ke VfB Stuttgart.

Pada pra musim kali ini Bayern menjual Yann Sommer ke Inter dan sedia menerima kedatangan Neuer.

Dia ketika ini memang tidak boleh bermain. Tidak boleh menyepak atau menghantar bola dengan tepat terutama sekali ketika dalam situasi high pressing.

Kaki kirinya tidak berfungsi selincah sebelum ini. Dan hanya menjadi kaki sokongan. Dia bermain dengan kaki kanan untuk menyepak bola.

Ketika sesi latihan lompatan, Neuer dikatakan tidak selesa dan membuatkan kelab benar benar perlu menggariskan isu penjaga gol itu.

Dia juga harus menjalani satu lagi pembedahan kecil untuk membuang besi sokongan pada kakinya.

Ianya akan membuatkan Neuer tersisih beberapa minggu. Namun isu terbesar adalah untuk mengembalikan semula kecergasan kaki Neuer.

Kini Bayern hanya ada seorang penjaga gol pasukan utama yang cergas iaitu Sven Ulreich. Bayern sebelum ini cuba mendapatkan De Gea secara percuma namun penjaga gol Sepanyol itu masih tidak menunjukkan minatnya.

Jika keadaan berterusan, Bayern harus bersedia untuk menggunakan Ulreich sebagai penjaga gol utama sehingga Neuer benar benar cergas.

Peminat Bayern benar benar tidak faham kenapa Bayern melepaskan Yann Sommer ke Inter sedangkan Neuer perlu menjalani satu lagi pembedahan?

Neuer dijangka hanya akan kembali pada 2024.

Sebenarnya dalam kontrak Yann Sommer, Bayern setuju bahawa kelab harus menjual pemain itu pada jendela musim panas 2023 jika Sommer mahu pergi.

Dan Bayern tidak boleh menjual Sommer dengan nilai lebih besar daripada yang mereka bayar sebelum ini.